awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan pemandu, penunggang gaduh di tengah jalan

Sinar Harian
Sinar Harian
10/12/2021
04:04 MYT
Polis kesan pemandu, penunggang gaduh di tengah jalan
Polis kesan pemandu dan penunggang dalam video tular yang dirakam bertikam lidah di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan pemandu kereta dan penunggang motosikal yang terbabit dalam satu pertengkaran di tengah jalan raya dalam satu video tular dipercayai dirakam di Jalan Raja Laut di sini pada Khamis.
Klip video berdurasi 35 saat tersebut memaparkan sebuah Perodua Myvi berwarna putih yang menukar lorong dan hampir melanggar sebuah motosikal lalu mereka dilihat bertikam lidah sebelum penunggang motosikal berkenaan bertindak memecahkan cermin sisi kereta terbabit.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan video tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nanmanjoi8715 pada Khamis.
"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah menjalankan pengesanan ke atas pemilik kereta dan penunggang motosikal yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Noor Dellhan berkata, satu siasatan sedang dijalankan berkenaan kejadian berkenaan dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di 03-21159999 atau mana-mana balai berhampiran," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jalan Raja Laut
#bertengkar di tengah jalan
#Noor Dellhan Yahaya
#Myvi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan