awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan pemandu terlibat kes langgar lari murid sekolah

Bernama
Bernama
01/05/2025
07:50 MYT
Polis kesan pemandu terlibat kes langgar lari murid sekolah
Polis sedang mengesan pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian langgar lari membabitkan seorang penunggang motosikal dan adiknya berusia lapan tahun di Bukit Katil.
MELAKA: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari membabitkan seorang penunggang motosikal bersama adiknya berusia lapan tahun ketika mereka dalam perjalanan pulang dari sekolah di Bukit Katil, di sini semalam.

Ringkasan AI
  • Polis sedang mengesan pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian langgar lari membabitkan seorang penunggang motosikal dan adiknya berusia lapan tahun di Bukit Katil.
  • Mangsa, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, mengalami luka kecil dan lebam, manakala adiknya cedera di dahi, muka, dan mata.
  • Kedua-dua mangsa telah menerima rawatan di Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 1.30 tengah hari ketika mangsa, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, menunggang motosikal selepas mengambil adiknya dari Sekolah Kebangsaan Demang Hussin, Bukit Katil menuju ke Duyong.
"Mangsa dipercayai menunggang di laluan kiri sebelum sebuah kereta yang tidak diketahui nombor pendaftarannya melanggar mereka dari arah belakang sebelah tepi, menyebabkan kedua-duanya terjatuh.
"Difahamkan kejadian berlaku selepas mereka melepasi kawasan sekolah, dalam keadaan trafik sibuk kerana ramai ibu bapa sedang mengambil anak masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Christopher berkata mangsa mengalami luka kecil dan lebam pada kaki serta tangan, manakala adiknya cedera di bahagian dahi kanan yang berlubang, luka kecil di muka dan bengkak pada mata.
Beliau berkata kedua-dua mangsa telah menerima rawatan di Hospital Melaka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu kereta
#langgar lari
#Bukit Katil
#cedera di dahi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan