Polis kesan Syafiq Raj bantu siasatan kes cubaan bunuh

Bernama
Mac 27, 2023 05:52 MYT
Syafiq Raj Kalai Selvan, 27, dicari selepas disyaki melanggar seorang lelaki dengan kereta hingga mangsa cedera parah.
MELAKA: Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan membunuh seorang pesara pada 27 Feb lepas.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata lelaki itu, Syafiq Raj Kalai Selvan, 27, dicari selepas disyaki melanggar seorang lelaki dengan kereta hingga mangsa cedera parah.
"Mangsa sebelum itu menegur dua suspek lelaki yang berada di dalam kereta supaya memperlahan radio yang dibuka kuat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Christopher berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun.
Beliau berkata seorang lagi suspek berjaya ditahan pada 27 Feb lepas di kawasan Ayer Keroh di sini.
BACA: Lelaki warga India didakwa bunuh pesara
Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Syafiq Raj diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Nazam Md Shah di talian 012-722 1913.
-- BERNAMA
#Syafiq Raj Kalai Selvan #cubaan membunuh seorang pesara #Seksyen 307 Kanun Keseksaan #Christopher Patit