awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga India didakwa bunuh pesara

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
27/03/2023
05:15 MYT
Lelaki warga India didakwa bunuh pesara
Tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Saadon Sahat, 57. - Gambar/ Astro AWANI
AYER KEROH: Seorang tukang gunting rambut warga India dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang pesara, bulan lalu.
Tertuduh S Logamurugan, 27, bagaimanapun hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Sa’adon Sahat, 57.
Kesalahan itu dilakukan di belakang bangunan premis Jalan PPM 4, Plaza Pandan Malim, Melaka Tengah antara pukul 2.44 pagi hingga 3.10 pagi, 27 Februari 2023 lalu.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati.
Prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri tidak mencadangkan sebarang jaminan mengambil kira pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selain tertuduh merupakan warganegara India.
Majistret Sharda Shienha kemudian menetapkan 10 Mei ini sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan tidak membenarkan sebarang jaminan.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki dipercayai dirempuh oleh dua lelaki yang berang selepas ditegur kerana memasang lagu terlalu kuat di dalam kereta sehingga mengganggu ketenteraman.
Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah setelah hampir 11 jam menerima rawatan di Hospital Melaka.
Topic Berkaitan
#kes mahkamah
#rempuh pesara hingga maut
#tegur pasang muzik kuat
#warga india didakwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan