KUALA LUMPUR: Polis menerima tiga lagi laporan daripada ibu bapa melibatkan kes dera di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras setakat semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata sebelum ini pihaknya menerima satu laporan polis yang dibuat oleh bapa kepada seorang kanak- kanak yang mendakwa anak perempuannya berusia dua tahun didera di pusat jagaan terbabit pada Isnin lepas.
"Susulan laporan pertama itu, ada ibu bapa yang terkesan dan tampil membuat laporan...setakat ini keseluruhan (laporan) melibatkan kes dera di pusat jagaan itu, kita menerima empat laporan membabitkan empat kanak-kanak.
"Kecederaan melibatkan kanak-kanak itu masih dalam proses pemeriksaan dan kita menunggu laporan daripada pihak hospital," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Rawatan Kesihatan Perubatan Tradisional Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Beliau berkata keterangan daripada ibu bapa terbabit sudah diambil termasuk seorang wanita yang ditahan pada Isnin lepas kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan di pusat jagaan sama.
Allaudeen berkata siasatan hampir selesai dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat bagi tindakan selanjutnya.
Selasa lepas, tular dua klip video masing-masing berdurasi seminit 10 saat dan 56 saat melalui Facebook memaparkan seorang wanita mencederakan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di sebuah pusat jagaan kanak-kanak.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin dilaporkan berkata seorang wanita berusia 28 tahun ditahan 24 jam selepas hadir di IPK Kuala Lumpur bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Terdahulu, Allaudeen berkata seramai 315 anggota polis terlibat dalam program Rawatan Kesihatan Perubatan Tradisional Cina yang pertama kali diadakan di IPK Kuala Lumpur.
"Matlamat utama program ini adalah bagi memperkenalkan kaedah rawatan alternatif kepada warga polis Kuala Lumpur dan dapat mengesan awal penyakit yang dihadapi mereka selain pemeriksaan berkala di hospital.
"Ini bagi menjaga kebajikan dan kesihatan pegawai dan anggota kontinjen Kuala Lumpur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid (kanan) bercakap pada sidang media selepas menghadiri Program rawatan kesihatan perubatan Tradisional Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Curi barang kemas: Polis serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara
Rusdi berkata pihaknya juga mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di mahkamah dan buat masa ini suspek masih bertugas.
Polis KL tawar 50 peratus diskaun saman bermula esok hingga Sabtu
ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kaunter akan dibuka di Balai Polis Tun H S Lee dan orang ramai boleh mengambil peluang membuat semakan serta pembayaran saman secara bebas tunai.
Hotel terbiar jadi sarang pelacuran diserbu
Polis menyerbu sebuah hotel terbiar yang terkenal dengan aktiviti pelacuran dan menahan 10 wanita warga asing dalam Op Noda malam tadi.
Ada kecederaan pada empat pelajar tahfiz, dipercayai melarikan diri - Polis
Rusdi berkata, tempoh kecederaan itu dipercayai berlaku semasa mereka berada di pusat tahfiz itu, namun perkara tersebut masih dalam siasatan.
Tanah jerlus Masjid India: IWK akan buka semua injap pintu saluran kumbahan - Polis
Ia bagi meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh akibat tanah jerlus di Masjid India.
Tiga laluan di Putrajaya ditutup sementara sempena sambutan Hari Pahlawan
Mohd Zamzuri berkata sebanyak 82 anggota trafik ditugaskan bagi mengawal lalu lintas sepanjang sambutan Hari Pahlawan berlangsung.
Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya: 9,427 saman dikeluarkan sejak Selasa
Dalam operasi sama, sebanyak 25 individu ditahan manakala dua kenderaan disita.
25 ditahan dalam operasi bersepadu Polis Kuala Lumpur
Operasi berkenaan melibatkan 12 pegawai dan 147 anggota polis, bermula 10 malam Sabtu dan berakhir 7 pagi Ahad.
Penganjur WMMY 2024 hanya hantar satu notis bukan empat - Polis KL
Polis hanya menerima satu notis perhimpunan daripada Jawatankuasa Penganjur Women's March Malaysia (WMMY) 2024 dan bukan empat seperti yang didakwa.
Op Selamat 21: 821 kemalangan direkodkan di Kuala Lumpur, Putrajaya
Sebanyak 821 kemalangan dengan tiga kematian direkodkan di ibu negara dan Putrajaya sepanjang pelaksanaan Op Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina 2024 bermula 8 Feb lepas hingga semalam.