awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hukuman denda RM7,000 terhadap bekas pemandu e-panggilan ugut anak Pastor Koh kekal
Lebih separuh projek kriptowang sejak 2021 telah berkubur
Perubahan struktur pendidikan bukan beban - Alimuddin Dom
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis KL tumpas dua sindiket dadah bernilai RM3.8 juta

Bernama
Bernama
21/10/2025
13:15 MYT
Polis KL tumpas dua sindiket dadah bernilai RM3.8 juta
Fadil (tengah) ketika sidang media mengenai kejayaan JSJN IPK menumpaskan sindiket penyimpanan dadah bernilai RM 3.81 juta hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad (hadapan kiri). - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Dua sindiket pengedaran dadah tumpas dengan penahanan enam individu serta rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM3.8 juta dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang minggu lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata serbuan dijalankan di enam lokasi termasuk di Cheras, Ampang Jaya dan Jalan Imbi hasil risikan serta pemantauan sejak awal tahun ini.
"Dalam serbuan berkenaan tiga lelaki tempatan dan tiga wanita asing berusia antara 33 hingga 61 tahun ditahan. Kesemua mereka dipercayai berperanan sebagai penjaga stor dan pengedar dadah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata antara dadah dirampas ialah 462.7 kilogram (kg) serbuk MDMA, 38.7kg bunga ganja, 32.78 gram (g) Ketamin, 195g pil Eramin 5, 52.81g pil ekstasi dengan keseluruhan rampasan bernilai RM3.8 juta yang dianggarkan untuk bekalan 1.72 juta penagih.
Menurut Fadil, sindiket pertama yang aktif sejak awal tahun ini ditumpaskan dalam serbuan pada 14 Okt di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Maluri, Cheras, yang membawa kepada penahanan seorang lelaki serta rampasan 18.3kg serbuk MDMA.
"Siasatan lanjut membawa kepada penahanan seorang suspek lelaki di Pandan Perdana, Ampang Jaya yang kemudian membawa polis ke sebuah rumah di kawasan sama dan berjaya menahan suspek wanita selain merampas pelbagai jenis dadah," katanya.
Serbuan seterusnya di sebuah kondominium di Pandan Jaya yang membawa kepada penahanan dua lagi wanita warga asing serta penemuan pelbagai jenis dadah disembunyikan di lokasi berkenaan.
Sementara itu, bagi sindiket kedua yang terlibat dalam pengedaran bunga ganja, seorang lelaki ditahan di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Jalan Imbi kira-kira 10.10 malam, 17 Okt lepas.
"Pemeriksaan ke atas kereta yang dipandu suspek berjaya menemukan beberapa bungkusan dipercayai bunga ganja seberat 38.7 kg," katanya.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati sindiket itu menyewa kondominium mewah sebagai stor penyimpanan dadah dan menjalankan transaksi di tempat awam seperti pasar raya dan tempat letak kereta sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Fadil berkata ujian air kencing terhadap semua suspek didapati negatif dadah, namun dua daripada lelaki yang ditahan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Kesemua suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket pengedaran dadah
#warga asing
#pasar raya
#hukuman mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan