KUALA LUMPUR: Polis menahan 155 individu termasuk warga asing kerana disyaki terbabit dengan sindiket calling centre dalam lapan serbuan berasingan di sekitar ibu negara dari 4 hingga 21 September lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, penipuan itu melibatkan pelaburan forex, pinjaman tidak wujud, pelaburan saham, tawaran pekerjaan, judi dalam talian, mata wang kripto, dan love scam.
Menurutnya, siasatan mendapati sindiket yang menjadikan Malaysia sebagai lubuk pusat aktiviti haram itu berselindung di sebalik kediaman-kediaman mewah.
"Kita mendapati sindiket ini beroperasi di kediaman-kediaman mewah seperti kondominium yang diawasi pengawal serta diurus Badan Pengurusan Bersama (JMB).
"Justeru polis ingin mengingatkan JMB supaya ada bertanggungjawab memastikan tiada sebarang aktiviti jenayah berlaku di bawah tempat kawalan mereka.
"Sedangkan orang biasa masuk ke kawasan ini pun ketat, persoalan kita bagaimana begitu ramai suspek-suspek ini boleh keluar masuk ke premis-premis ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Allaudeen memberi amaran kepada pengurusan JMB supaya sindiket-sindiket itu tidak menjadikan Malaysia khasnya Kuala Lumpur sebagai lubuk operasi mereka.
Beliau menambah, siasatan mendapati sindiket itu menyasarkan rakyat asing, manakala Malaysia hanya dijadikan sebagai pusat pengoperasian.
Katanya, dalam operasi itu polis turut merampas komputer, telefon pintar, moderm, router dan komputer riba yang dipercayai digunakan untuk aktiviti haram itu.
Setakat ini, beliau memberitahu, siasatan mendapati aktiviti itu tidak dinaungi mana-mana orang kenamaan.
Umavathi Ramayah
Mon Sep 25 2023
Allaudeen berkata, siasatan mendapati sindiket yang menjadikan Malaysia sebagai lubuk pusat aktiviti haram itu berselindung di sebalik kediaman-kediaman mewah. -Foto IPK Kuala Lumpur
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Waspada terima panggilan dakwa 'Pegawai Cybersecurity Malaysia'
CSM menegaskan mereka tidak membuat panggilan sedemikian kepada orang ramai.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
Judi dalam talian jerat 960,000 pelajar Indonesia
Kebanyakan pelajar terdiri daripada pelajar universiti awam dan swasta di seluruh negara.
Malaysia negara tertinggi di Asia rekodkan mangsa scam berulang
Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia yang merekodkan jumlah mangsa berulang berkaitan jenayah penipuan dalam talian (scam) dengan lebih 2.5 kali jenayah itu berlaku terhadap mangsa yang sama.
Lebih 4,700 remaja bawah umur terlibat judi dalam talian - Polis Korea Selatan
Golongan remaja bawah umur melonjak sebanyak 2,784 peratus daripada hanya 162 kes yang dilaporkan pada tahun sebelumnya.
Indonesia sekat hampir 3.8 juta laman sesawang perjudian
Turut disekat, 31,751 pautan berkaitan perjudian di laman sesawang institusi pendidikan dan 31,812 pautan di laman sesawang kerajaan.
Indonesia siasat dakwaan 1,000 anggota Dewan Rakyat terlibat judi dalam talian
Siasatan itu didorong oleh laporan daripada Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK).
Indonesia sekat akses platform judi dalam talian
Pasukan petugas akan menyekat akses platform perjudian dalam talian luar negara terutamanya dengan menyasarkan penyedia akses rangkaian.
PDRM sahkan 27 'influencer' ditahan promosi judi 'online'
Polis menahan 27 influencer atau pempengaruh pelbagai kaum kerana dipercayai bersekongkol dengan sindiket perjudian untuk mempromosikan kegiatan judi dalam talian di media sosial mereka, pada Khamis.
Lebih 10 pempengaruh media sosial ditahan promosi judi 'online'
Lebih 10 pempengaruh dan pencipta kandungan di media sosial ditahan polis kerana disyaki mempromosikan aktiviti judi dalam talian.