awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis klasifikasi kematian pelajar di Manjung sebagai mati mengejut

Sinar Harian
Sinar Harian
21/06/2023
04:11 MYT
Polis klasifikasi kematian pelajar di Manjung sebagai mati mengejut
Keputusan bedah siasat menunjukkan kematian mangsa berusia 15 tahun itu disebabkan darah beku tersumbat dalam paru-paru. - Gambar hiasan
MANJUNG: Polis mengklasifikasikan kes kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan di sini, minggu lalu sebagai mati mengejut.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, keputusan bedah siasat menunjukkan kematian mangsa berusia 15 tahun itu disebabkan darah beku tersumbat dalam paru-paru.
"Polis membuka kertas siasatan mati mengejut untuk siasatan lanjut kes itu.
"Orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, siasatan mendapati, pada 16 Jun lalu, pelajar berkenaan hadir ke sekolah dalam keadaan tidak sihat dan bertongkat kerana mengalami kesakitan di bahagian kaki.
Katanya, keadaan itu menyebabkan pihak sekolah menghubungi ibu bapa mangsa dan membawanya pulang.
"Melihat keadaan mangsa yang masih tidak sihat, ibu bapanya membawanya ke Hospital Seri Manjung sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sekitar jam 10.10 malam.
"Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di bilik ICU sekitar jam 12.06 tengah malam pada 17 Jun," katanya.
Sebelum ini, tular memaklumkan bahawa pelajar berkenaan pengsan di sekolah ketika melakukan aktiviti pendidikan jasmani dan meninggal dunia sehari selepas itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kematian mengejut
#Pendidikan Jasmani
#pengsan di sekolah
#punca kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan