awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis lengkapkan kertas siasatan Kak Long 7E

Sinar Harian
Sinar Harian
25/03/2022
22:15 MYT
Polis lengkapkan kertas siasatan Kak Long 7E
Wan Nor Baizura didakwa menghina dan memperlekehkan nasib OKU dengan memuat naik video yang meniru mimik muka golongan tersebut menerusi laman sosialnya. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Polis akan menyerahkan kertas siasatan berkaitan kes Wan Noor Baizura Bharudin, 33, atau lebih popular dengan gelaran 'Kak Long 7E' yang didakwa menghina dan memperlekehkan orang kurang upaya (OKU) kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner R Supramaniam berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut.
"Polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan kita akan rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Pada Rabu, polis merekod keterangan Wan Noor Baizura berhubung siasatan didakwa menghina dan memperlekehkan OKU dengan memuat naik video yang meniru mimik muka golongan tersebut menerusi laman sosialnya.
Keterangan wanita itu direkodkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya pada jam 12.30 tengah hari.
Video berdurasi 31 saat itu menyebabkan Wan Nor Baizura sekali lagi menerima kecaman hebat netizen selepas rakaman video perbuatan kecohnya di sebuah kedai serbaneka 24 jam tersebar di laman sosial sebelum itu.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kak Long 7E
#R Supramaniam
#Wan Noor Baizura Bharudin
#persenda OKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan