BALING: Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan amaran setelah sebuah kereta yang dinaiki enam individu memecut laju ketika berhenti untuk satu pemeriksaan polis dalam sekatan jalan raya di Sungai Lebey, Gerik, Perak, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Baling, Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku ketika anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik menerima maklumat dari anggota bertugas di lokasi kejadian memaklumkan sebuah kereta jenis Proton Perdana dalam keadaan mencurigakan dan memecut laju ketika melalui sekatan polis.
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan sekitar lokasi terbabit sebelum berjaya mengesan kenderaan itu di sebuah stesen minyak di Kuala Rui, Gerik.
"Sewaktu hendak melakukan pemeriksaan, pemandu kereta itu terus memecut laju sehingga berlaku kejar mengejar lebih 70 kilometer sebelum memasuki daerah Baling.
"Berikutan itu, anggota polis terbabit meminta bantuan peronda MPV Baling.
"Kenderaan yang dipandu suspek dalam keadaan berbahaya dan boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Shamsudin berkata, bagi mengelakkan kereta suspek melanggar kenderaan lain, anggota polis MPV Gerik memberi amaran melalui alat pembesar suara kenderaan sebanyak tiga kali.
Beliau berkata, bagaimanapun pemandu kereta terbabit enggan menghentkan kenderaan itu menyebabkan anggota peronda terpaksa melepaskan tembakan amaran ke arah tayar kereta suspek.
"Lima das tembakan dilepaskan yang mana dua daripadanya terkena bahagian bonet kereta manakala tiga lagi tersasar.
"Namun kenderaan suspek masih memecut laju sehingga terbabas di atas Jambatan Kuala Pegang, dekat sini," katanya.
Shamsudin berkata, sebaik kejadian dua daripada suspek yang dipercayai pemandu dan penumpang hadapan kereta berkenaan berjaya melarikan diri di bawah jambatan sebelum menghilangkan diri.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan dalam kenderaan polis menemui seorang lelaki dan tiga wanita warga asing berusia antara 23 hingga 39 tahun.
"Pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua mereka tidak mempunyai dokumen lengkap dan dokumen perjalanan yang sah.
"Kesemua tangkapan serta kereta terbabit dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling untuk siasatan lanjut.
"Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini." katanya.
Menurutnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 26A Atipsom serta Seksyen 6(1) 1959/63 yang disiasat oleh IPD Gerik.
Bagaimanapun, seorang daripada suspek iaitu warga tempatan berusia 30-an yang melarikan diri berjaya ditahan pada jam 3 petang tadi.
Katanya, pihaknya turut menyiasat tembakan yang dilepaskan anggota polis terbabit sama ada mengikut prosedur yang ditetapkan sewaktu kejadian.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Apr 15 2024
Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan amaran setelah sebuah kereta yang dinaiki enam individu memecut laju ketika pemeriksaan polis. - Foto PDRM
Banjir Kanowit: Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras
Mangsa seorang lelaki, dikatakan hendak pulang ke rumah sewanya untuk makan tengah hari dengan berenang, kerana keadaan sungai yang banjir.
Kedai runtuh dibadai ombak besar di Batu Rakit
Premis perniagaan di Kampung Tanjung, Batu Rakit yang diusahakan lebih 20 tahun runtuh akibat hakisan dalam kejadian ombak besar malam tadi.
AGC usul larangan dalam kes Titah Tambahan Najib
Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan akan memohon perintah larangan (gag order) berkaitan semakan kehakiman yang melibatkan dakwaan titah tambahan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Permohonan ini bertujuan mengawal penyebaran maklumat berkaitan kes tersebut. #AWANInews
MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.
USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan ‘menyembunyikan’ kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. #AWANInews
PLKN 3.0 bermula dengan lancar - Khaled Nordin
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, yang bermula hari ini selepas tujuh tahun dimansuhkan, telah disediakan pada tahap terbaik, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. #AWANInews
Isu halal: siasat pihak guna logo halal pada sandwich ada unsur babi - Dr. Akmal
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa polis dan agensi berkaitan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit susulan penemuan produk makanan 'ham dan cheese' yang status halalnya diragui dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM). #AWANInews
Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.
MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rundingan pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings selesai dimuktamadkan.
Tiga nelayan hilang ketika merawai ditemukan selamat di Indonesia
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang setelah menjalankan aktiviti merawai dekat Pulau Payar ditemukan selamat dan berada di Indonesia.
Polis lepas tiga tembakan, seorang lelaki ditahan
Polis melepaskan tiga das tembakan ke arah tayar sebuah kereta dipandu seorang lelaki dipercayai pengedar dadah di kawasan sebuah apartment di Johor Bahru.
Nairobi: 10 terbunuh selepas polis lepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan serbu Parlimen
Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh pada Selasa apabila polis melepaskan tembakan ke arah ratusan penunjuk perasaan yang menyerbu kawasan Parlimen di Nairobi, ibu negara Kenya.
Polis lepas lima das tembakan amaran ke arah kenderaan bawa PATI
Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan amaran setelah sebuah kereta yang dinaiki enam individu memecut laju ketika pemeriksaan polis.
Dua pengedar dadah dicekup, kereta terbabas di kawasan banjir
Polis terpaksa bertindak melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta yang digunakan oleh dua pengedar dadah, selepas cubaan mereka untuk merempuh polis.
Anggota polis cedera warga emas serang guna sabit
Suspek yang berusia 61 tahun turut cedera pada bahagian perut selepas terkena tembakan.