awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis lulus 61 permit sepanjang tempoh berkempen PRK DUN Sg Bakap

Bernama
Bernama
29/06/2024
13:43 MYT
Polis lulus 61 permit sepanjang tempoh berkempen PRK DUN Sg Bakap
Hamzah berkata untuk hari ini sahaja iaitu hari kelapan berkempen, sebanyak 16 permit telah diluluskan dan tiada permohonan yang ditolak setakat ini. - Gambar FB PDRM Pulau Pinang
NIBONG TEBAL: Polis Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak 61 permit kempen bergerak, ceramah dan tinjauan mesra bagi parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, sejak hari pertama berkempen 22 Jun hingga hari ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata untuk hari ini sahaja iaitu hari kelapan berkempen, sebanyak 16 permit telah diluluskan dan tiada permohonan yang ditolak setakat ini.
"Jumlah laporan polis dan kertas siasatan yang dibuka berkaitan PRK DUN Sungai Bakap masih kekal satu, yang mana ia disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu merosakkan bahan kempen seperti bendera dan gegantung parti.
"Polis juga menasihatkan pihak yang berkempen memastikan kawasan kempen seperti tapak ceramah dan tempat perjumpaan bersih selepas digunakan serta mengelak daripada merosakkan harta awam," katanya dalam kenyataan hari ini.
PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH Dr Joohari Ariffin dan calon PN Abidin Ismail, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei, akibat keradangan dalam perut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding Sabtu lepas hingga 11.59 malam, 5 Julai.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Sungai Bakap di sini
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#PRK Sungai Bakap
#kempen bergerak
#harta awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan