awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
Greta Thunberg ditahan dalam protes di London, sokong mogok lapar Palestine Action
Rusia ‘tidak boleh sabotaj’ usaha diplomasi AS - Zelenskyy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis lupus peralatan judi, pelacuran bernilai RM900,000

Hilmi Malik
Hilmi Malik
08/07/2021
04:48 MYT
Polis lupus peralatan judi, pelacuran bernilai RM900,000
Kesemua hasil rampasan tersebut dibuat bagi tempoh sepanjang 2019 sehingga Mei 2021. - Foto ihsan PDRM
KUALA LUMPUR : Polis Dang Wangi melupuskan sebanyak 1,699 peralatan judi serta 785 peralatan bagi aktiviti pelacuran dengan jumlah dianggarkan sebanyak RM900,000.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisoner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua hasil rampasan itu dibuat sepanjang tempoh 2019 sehingga Mei 2021.
“Hasil serbuan ini, sebanyak 61 kertas siasatan dibuka melibatkan kes perjudian manakala 13 lagi kertas siasatan dibuka bagi kes pelacuran.
“Kesemua kertas siasatan telah selesai dan Polis Dang Wangi telah membuat permohonan Mahkamah Majistret Jalan Duta bagi melupuskan kesemua barang kes berkenaan melibatkan 74 kertas siasatan yang diluluskan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Polis dalam masa sama menggesa mana-mana pihak untuk menyalurkan maklumat sekiranya wujud aktiviti perjudian dan pelacuran di sekitar Dang Wangi.
Menurut Mohamad Zainal, kes disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 373B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Topic Berkaitan
#pelacuran
#perjudian
#ACP Mohamad Zainal Abdullah
#Ketua Polis Daerah Dang Wangi
#lupus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan