awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Malaysia berjaya patahkan rancangan pengeboman ala ISIL

AFP
AFP
19/08/2014
13:17 MYT
Polis Malaysia berjaya patahkan rancangan pengeboman ala ISIL
AYOB: Tujuh daripada yang ditahan telah didakwa di mahkamah di bawah tuduhan menggalakkan keganasan sehingga memiliki raifal buatan sendiri - AFPphoto/ Mohd Rasfan
Polis Malaysia dilaporkan telah berjaya menggagalkan satu cubaan pengeboman yang didakwa dirancang oleh pihak militan Islam radikal yang dipengaruhi oleh kumpulan pelampau jihad di utara Iraq, kata pihak polis.
Timbalan Ketua Bahagian Anti Keganasan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Senior Asisten Komisioner Ayob Khan Mydin berkata kepada AFP, 19 suspek militan terbabit telah ditangkap dari bulan April hingga Jun yang dipercayai sedang merancang untuk mengebom pub, disko dan kilang membuat bir Carlsberg di Malaysia.
Ayob Khan berkata, kesemua anggota kumpulan tersebut adalah warganegara Malaysia yang bercita-cita mahu menubuhkan sebuah kawasan pentadbiran Islam serantau yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina, dan Singapura serta merancang untuk ke Syria bagi mempelajari selok belok pergerakan Negara-Negara Islam dan Levant (ISIL).
Kumpulan terbabit turut dikatakan membabitkan golongan profesional dan dua surirumah.
Jelas Ayob lagi, mereka masih dalam peringkat awal perbincangan mengenai rancangan itu dan tidak memiliki apa-apa senjata berat atau sebarang pengetahuan untuk membuat bom.
Tujuh daripada yang ditahan telah didakwa di mahkamah di bawah tuduhan menggalakkan keganasan sehingga memiliki raifal buatan sendiri.
“Mereka merancang keganasan dan perjuangan bersenjata serta mahu mati syahid,” maklum Ayob Khan lagi.
Pihak polis juga percaya masih ada anggota lain kumpulan itu yang masih bebas di Malaysia.
Sesetengah dari mereka ditahan di lapangan terbang dalam perjalanan untuk ke Turki dan Syria bagi menjalani latihan dan mendapatkan sokongan dari ISIL.
Mereka yang ditahan adalah berumur di antara 20 dan 50 tahun. Sesetengah mereka yang ditahan telah pun diumumkan oleh pihak polis sebelum ini namun maklumat mengenai perancangan dan ideologi mereka masih belum didedahkan.
Ayob Khan berkata suspek juga berharap untuk mewujudkan rangkaian dengan sel ISIL global dan serantau.
Katanya, polis percaya sehingga 40 rakyat Malaysia telah ke Syria bagi menyertai perang saudara di sana.
Topic Berkaitan
#Ayob Khan Mydin
#ISIL
#militan Islam
#PDRM
#pengganas
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan