awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Valve berdepan saman £656 juta di UK atas tuduhan manipulasi pasaran permainan video
Iran kini "serius berbincang" dengan AS - Trump
Penunggang motosikal maut digilis treler
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mampu tangani elemen ekstremis dalam negara - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
02/09/2024
15:27 MYT
Polis mampu tangani elemen ekstremis dalam negara - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, walaupun terdapat petunjuk bahawa aktiviti ekstremis sedang meningkat, PDRM berkeupayaan untuk mematahkannya. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu menangani beberapa elemen ekstremis yang masih wujud di dalam negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau memberi jaminan walaupun terdapat petunjuk bahawa aktiviti itu sedang meningkat, PDRM berkeupayaan untuk mematahkannya.
"Apa pun keadaannya, yang paling penting ialah saya memberi jaminan bahawa pasukan polis berkemampuan untuk mengawalnya," katanya ringkas pada sidang media selepas menghadiri majlis penutup Persidangan Keselamatan Dalam Negara di sini hari ini.
Terdahulu, dalam ucapannya pada persidangan itu, Saifuddin Nasution mendedahkan masih terdapat beberapa kumpulan di Malaysia yang percaya bahawa selagi kerajaan tidak mengamalkan fahaman Islam, kerajaan itu perlu ditentang.
"Ketua Polis Negara kerap memberikan input hampir setiap minggu tentang apa yang berlaku di lapangan.
"Jangan ingat kes Ulu Tiram itu kes terpencil, jangan anggap (mudah) tangkapan beberapa elemen Daesh, daripada pensyarah universiti hingga suri rumah serta pekerja sektor binaan ... (elemen ekstremis) masih lagi berkembang, masih lagi wujud," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#ekstremis
#Saifuddin Nasution Ismail
#keselamatan
#dalam negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan