awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Marin Langkawi tumpas cubaan bot asing seludup barangan bernilai hampir RM13,000

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
07/05/2020
23:48 MYT
Polis Marin Langkawi tumpas cubaan bot asing seludup barangan bernilai hampir RM13,000
Antara barangan yang cuba diseludup sebuah bot asing di Langkawi. Foto Polis Marin
Satu cubaan menyeludup barangan oleh sebuah bot asing di pulau peranginan Langkawi berjaya ditumpaskan Polis Marin pada Khamis.
Bot Thailand tersebut ditahan kira-kira jam 10 pagi ketika ia cuba melintasi perairan Tanjung Dendang Langkawi.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 ACP Rosman Ismail berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menemui 12 karton rokok pelbagai jenama, tiga guni berisi ikan bilis (anggaran berat 50 kilogram), 14 guni berisi ikan kering (200kg) dan 19 kampit gula.
Turut ditemui, empat paket dan empat botol minyak masak - kandungan setiap satu 1.5 liter - serta satu plastik hitam berisi daun ketum dengan anggaran berat 300 gram.
Kesemua hasil rampasan dianggarkan bernilai RM12,668.
Foto Polis Marin
Foto Polis Marin
Pihaknya turut menahan seorang lelaki warga Thailand berusia 42 tahun yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
Lelaki terbabit ditahan dan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi untuk tindakan selanjutnya.
Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 iaitu kesalahan dengan niat menyeludup keluar barang tidak berkastam.
Foto Polis Marin
Foto Polis Marin
Bagi kesalahan membawa daun ketum, kes disiasat di bawah Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut Rosman, PDRM komited membenteras jenayah rentas sempadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ketika ini.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#barang tidak berkastam
#bot
#daun ketum
#dokumen perjalanan
#ikan bilis
#IPD Langkawi
#jenayah
#kastam
#Langkawi
#minyak masak
#PKP
#PKPB
#polis
#polis marin
#rampasan
#rokok
#Rosman Ismail
#seludup
#siasatan
#suspek
#Thailand
#warga Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan