JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya membanteras kegiatan penjualan arak tidak bercukai dengan penahanan seorang lelaki warganegara tempatan dalam Op Pemantauan di kawasan pesisir pantai Forest City, Tanjung Kupang di sini, semalam.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah berkata, pihaknya mengesan sebuah kereta yang mencurigakan dipandu suspek berumur 27 tahun itu dalam kejadian lebih kurang jam 1 tengah hari.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut mendapati 327.24 liter arak dipercayai tidak bercukai ditemui di bahagian tempat duduk belakang serta but kenderaan jenis Honda CR-V berkenaan.
"Pelbagai jenis minuman keras tidak bercukai kastam itu ditemui di bahagian tempat duduk belakang dan but belakang kenderaan.
"Anggaran nilai keseluruhan rampasan arak dan kenderaan dianggarkan berjumlah RM 131,728.10.
"Suspek dipercayai telah bergiat sekitar tiga bulan dengan menjalankan modus operandi, mengambil arak tersebut di Forest City dan dihantar pada pekerja asing sekitar Johor," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Jelas Muhd Zailani, tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Markas PPM W2 Johor untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
"Penyeludupan minuman keras sekiranya tidak dibenteras boleh mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian dengan ketirisan nilai cukai yang besar.
"Masyarakat diminta segera menghubungi dan berkerjasama dengan pihak berkuasa dalam menangani isu-isu penyeludupan," katanya lagi.
Siti Nur Aqilla Omar
Thu Jul 14 2022
Pelbagai jenis minuman keras tidak bercukai ditemui di bahagian tempat duduk belakang dan but belakang kenderaan berkenaan. - Foto ihsan Polis Marin
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Polis Marin rampas 327.24 liter arak tidak bercukai
Pelbagai jenis minuman keras tidak bercukai ditemui di bahagian tempat duduk belakang dan but belakang kenderaan berkenaan.
Dua stor diserbu, arak seludup dirampas
Pasukan berkenaan turut merampas sebanyak lapan kotak dan 53 karton arak tidak bercukai bernilai kira-kira RM37,500.