awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki maut ditembak di hadapan kedai cuci kenderaan
Jumlah pelatih PLKN ditingkatkan 25,000 orang setahun
Tiada lokasi alternatif ternakan babi selain Bukit Tagar - MB Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Marin rampas 78,800 liter minyak diesel bernilai lebih RM200,000

Bernama
Bernama
16/01/2026
13:16 MYT
Polis Marin rampas 78,800 liter minyak diesel bernilai lebih RM200,000
Kesemua minyak diesel dirampas dan kes diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk tindakan lanjut. - Bernama
JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas kira-kira 78,800 liter minyak diesel bernilai RM263,980 dalam serbuan di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang di sini, semalam.
Komander PPM Wilayah Dua ACP Noor Azman Jamal berkata serbuan pada kira-kira 4 petang itu menahan lelaki tempatan berusia 50 tahun dipercayai penjaga atau pekerja premis tersebut.
Beliau berkata pemeriksaan mendapati sejumlah besar minyak diesel disimpan di situ dengan terdapat kesangsian terhadap jumlah liter minyak yang direkodkan dalam buku stok.
"Siasatan awal mendapati minyak diesel itu diperoleh melalui pembelian secara sah, namun turut melibatkan pembelian secara runcit dalam kuantiti kecil daripada individu atau sindiket tertentu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata taktik itu dipercayai untuk mengaburkan jumlah sebenar stok diesel yang disimpan dan mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.
Sehubungan itu, suspek disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu memiliki atau menyimpan barang kawalan tanpa kebenaran atau lesen yang sah.
Kesemua minyak diesel dirampas dan kes diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis marin
#diesel
#Taman Pasir Putih
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan