awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT umum RM3 juta bina enam Taman MADANI di Pulau Pinang
Amaran ribut petir di empat negeri, Kuala Lumpur hingga 9 malam ini
'Kenapa takut dengan DAP jika tidak takut dengan Gerakan, MCA?' - Johari Ghani
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ditembak di hadapan kedai cuci kenderaan

Bernama
Bernama
17/01/2026
09:00 MYT
Lelaki maut ditembak di hadapan kedai cuci kenderaan
Seorang lelaki dipercayai pemilik premis mencuci kenderaan maut ditembak individu tidak dikenali di hadapan premis itu, di Jalan Besar Permatang Keling, malam tadi. - Foto hiasan
NIBONG TEBAL: Seorang lelaki dipercayai pemilik premis mencuci kenderaan maut ditembak individu tidak dikenali di hadapan premis itu, di Jalan Besar Permatang Keling, di sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian pada 10.40 malam.
"Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 30-an dan hasil siasatan awal mendapati mangsa ditembak beberapa das pada bahagian badan dan kaki oleh seorang suspek yang tidak dikenali," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata menurut saksi di tempat kejadian, mangsa telah didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal sebelum pembonceng turun dan menghampiri mangsa lalu melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat, manakala seorang lagi suspek menunggu di motosikal.
Mohd Alwi berkata kedua-dua suspek memakai pakaian gelap dan bertopi keledar serta disyaki menggunakan sepucuk senjata api separa automatik.
Beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan parah dibawa ke hospital, sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Mojd Hafzan Amrie Hashim menerusi talian 012-8188389.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki ditembak
#kedai cuci kenderaan
#Jalan Besar Permatang Keling
#polis pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan