TUMPAT: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga merampas pelbagai pod rokok elektronik yang bernilai lebih setengah juta ringgit dalam satu serbuan di sebuah kedai kosong di Kampung Simpangan, di sini petang semalam.
Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, kesemua barangan dirampas itu dipercayai untuk diseludup masuk ke negara jiran.
"Antara barangan yang dirampas terdiri dari pod vape, 1,209 unit; peralatan aksesori (coil & catridge), 234 unit; cecair vape, 23,397 unit dan 422 botol serta rokok putih berjumlah 750 karton," katanya dalam satu kenyataan.
"Semasa serbuan pintu rumah kedainya tidak berkunci dan tiada penghuni sebelum anggota masuk untuk menjalankan pemeriksaan," katanya.
Tambahnya, kesemua barangan yang dirampas itu rokok akan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952.
Beliau turut memaklumkan pihaknya akan meningkatkan pengawasan di sekitar sungai yang menjadi laluan kepada penyeludup sama ada untuk membawa masuk atau keluar barangan terlarang.
Sempadan negara yang bakal di buka pada 1 April depan ditambah pula dengan sambutan Ramadhan mendorong aktiviti penyeludupan kembali aktif.
Vivi Sumanti
Thu Mar 24 2022
Kesemua barangan yang dirampas akan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952. - Foto Astro AWANI
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Polis marin rampas peralatan vape seludup bernilai RM519,300
Kesemua barangan dirampas itu dipercayai untuk diseludup masuk ke negara jiran.