awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang kembali dilanda banjir, satu PPS dibuka di Raub
RM1 juta tidak lagi cukup untuk anda keluarkan duit KWSP selepas bersara
Mangsa kedua lemas di Pantai Sura Tengah ditemukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mati mengejut depan bank

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2017
05:21 MYT
Polis mati mengejut depan bank
Lans Koperal maut selepas terjatuh di hadapan sebuah bank di Kulim, Kedah.
Malang tidak berbau apabila seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mati selepas mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala akibat terjatuh di hadapan sebuah bank.
Dalam kejadian jam 9 malam tadi mangsa Lans Koperal Mohd Asri Abu Hassan, 46, yang bertugas di Balai Polis Kulim Hi Tech singgah sebentar di sebuah bank dekat Kulim bersama isteri dan anaknya.
Mangsa ketika itu sedang berjalan untuk masuk ke dalam bank apabila kakinya tersangkut pada besi penghadang longkang di hadapan bank lalu kepalanya terhentak pada simen lantai sehingga mengakibatkan kepalanya terkoyak dan mengalami pendarahan yang banyak.
Isteri dan anak mangsa yang berada di dalam kereta segera keluar dan meluru ke arah mangsa yang terbaring di hadapan bank lalu meminta orang awam menghubungi ambulans.
Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superitendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan laporan kejadian. Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat mangsa dituntut ahli keluarga pagi tadi dan jenazah dikebumikan di kampung halamannya dekat Sedaka, Yan, Kedah.
Topic Berkaitan
#Kedah
#Kulim
#lans koperal
#Sedaka
#Yan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan