awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Melaka tahan warga Nepal bantu siasatan kes bunuh

Bernama
Bernama
13/07/2023
10:14 MYT
Polis Melaka tahan warga Nepal bantu siasatan kes bunuh
Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Rabu depan, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Gambar hiasan
MELAKA: Seorang pemuda warganegara Nepal ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki daripada negara sama, yang ditemukan mati di sebuah rumah kedai di Taman Merdeka, Batu Berendam di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata suspek berusia 20 tahun itu, ditahan di dalam sebuah bas di hentian rehat dan rawat Pedas-Linggi, pada 11.30 malam tadi.
"Polis sebelum itu menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 6.42 petang semalam, mengenai penemuan satu mayat lelaki dalam keadaan berlumuran darah, di Taman Merdeka semalam.
"Mayat mangsa berusia 32 tahun itu, ditemukan di dalam tandas di kediamannya dalam keadaan tidak berbaju, selain sebatang kayu dan kabel telefon berhampiran mayat tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Rabu depan, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Christopher berkata orang ramai dinasihat untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar bagi mengelak menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#Melaka
#polis tahan suspek
#warga Nepal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan