Polis Melaka berjaya menumpaskan 'Geng Ayie' yang aktif menyamun dan pecah rumah di sekitar Melaka dan Johor dengan penangkapan tiga lelaki termasuk ketua kumpulan itu kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata suspek berusia antara 21 dan 26 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Banda Hilir di sini dan merupakan saki-baki kumpulan selepas lima diberkas pada 16 Jan lalu.
Dalam tangkapan pada Sabtu itu polis menemui pelbagai barangan termasuk lima komputer riba dipercayai dicuri serta dadah jenis syabu di sebuah bilik di tingkat empat hotel berkenaan.
"Penahanan mereka juga membawa kepada penemuan dua kereta mewah jenis Toyota Camry dan Honda Civic yang dipercayai kereta curi di kawasan hotel tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya siasatan awal mendapati tiga suspek terbabit positif dadah jenis syabu serta mempunyai 23 rekod jenayah membabitkan kegiatan curi, pecah rumah dan samun.
Katanya kumpulan itu dipercayai aktif melakukan curi dan pecah rumah sejak 2010 sebelum terlibat dalam jenayah samun pada 2011 melibatkan 28 kes di Melaka setakat ini.
"Kumpulan ini gagal dikesan sebelum ini kerana amat licik meloloskan diri dengan bersembunyi di hotel mewah bagi mengaburi kegiatan mereka dikesan polis," katanya.
Beliau berkata kumpulan itu kebiasaannya melakukan jenayah pada waktu tengah malam atau awal pagi dengan menyasarkan rumah dan kenderaan mewah selain menggunakan topeng serta senjata seperti pisau dan parang.
Katanya polis sedang menyiasat lokasi barangan curi tersebut disembunyikan serta nilai kerugian.
Bernama
Mon Jan 21 2013
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
Polis Melaka tumpas 'Geng Ayie' aktif pecah rumah
Polis Melaka berjaya menumpaskan 'Geng Ayie' yang aktif menyamun dan pecah rumah di sekitar Melaka dan Johor dengan penangkapan tiga lelaki termasuk ketua kumpulan itu kelmarin.