awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis minta bantuan kenal pasti mayat reput ditemui berhampiran lokasi kemalangan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/10/2022
10:34 MYT
Polis minta bantuan kenal pasti mayat reput ditemui berhampiran lokasi kemalangan
Mayat wanita itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bai. - Gambar/ Astro AWANI
IPOH: Identiti mayat reput yang ditemui polis ketika menjalankan siasatan mengenai kemalangan jalan raya di Pekan Tambun di sini, pagi tadi, belum dikenal pasti.
Berikutan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mayat dipercayai wanita itu supaya tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Josin Amatin di talian 016-2222491.
Menurutnya, kira-kira jam 5.25 pagi, pihak polis menerima maklumat mengenai satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta terbabas di dalam longkang, berhampiran lampu isyarat di Jalan Besar Tambun.
BACA: Siasat kemalangan, jumpa mayat reput
Katanya, hasil siasatan awal di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback dan pemandu berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.
"Semasa pihak polis tiba untuk menjalankan siasatan, mereka telah menjumpai satu mayat reput di dalam kawasan semak, kira-kira dua meter dari lokasi kereta terbabas.
"Mayat disyaki perempuan itu berada dalam keadaan lengkap berpakaian, tanpa sebarang kesan kecederaan ketara ditubuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat daripada pihak hospital.
Topic Berkaitan
#mayat reput
#lokasi kemalangan
#Pekan Tambun
#polis perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan