awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
Azmin, Faizal Azumu antara yang hadir perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasat kemalangan, jumpa mayat reput

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/10/2022
03:50 MYT
Siasat kemalangan, jumpa mayat reput
Anggota polis menemui mayat reput berkenaan berhampiran kawasan kemalangan selepas dikatakan terhidu bau busuk. - Astro AWANI
TAMBUN: Polis menjumpai satu mayat reput ketika menjalankan siasatan mengenai kemalangan jalan raya yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Pekan Tambun di sini, pagi Rabu.
Mayat wanita itu ditemui hanya kira-kira dua meter dari kereta jenis Proton Saga Aeroback yang terbabas ke dalam longkang.
Astro AWANI difahamkan sebelum penemuan mayat, kereta berkenaan yang dipandu seorang anggota tentera dari arah Hulu Kinta telah terbabas sebaik sahaja melintasi lampu isyarat.
Anggota tentera berkenaan dikatakan cuba mengelak sesuatu kelibat yang melintas di hadapan keretanya, sebelum terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 5 pagi dan anggota polis trafik datang ke lokasi sekitar jam 5.30 pagi untuk menjalankan siasatan.
Ketika menjalankan siasatan itu, anggota polis berkenaan dikatakan terhidu bau busuk dan ternampak mayat reput berhampiran kawasan kemalangan.
Dia kemudiaannya melaporkan penemuan mayat itu kepada balai polis berhampiran.
Mayat kemudiannya dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat.
Astro AWANI turut difahamkan, proses bedah siasat akan dijalankan sebelah petang untuk mengenal pasti identiti mayat dan punca kematian.
Pemandu kereta yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Pihak polis dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian tersebut, petang ini.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#mayat reput
#lampu isyarat
#Pekan Tambun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan