awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja hilang di Kota Setar

Bernama
Bernama
12/10/2024
15:38 MYT
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja hilang di Kota Setar
Remaja terbabit memiliki ketinggian 156 sentimeter dan berat 49 kilogram selain memiliki parut melecur di bahagian muka serta kedua-dua belah tangan. - Gambar Sinar Harian
ALOR SETAR: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berumur 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di daerah ini sejak semalam.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerusi hantaran mengenai hebahan orang hilang di akaun Facebook memaklumkan remaja itu ialah Nur Amiera Maisarah Zulkefli.
Berdasarkan maklumat dalam hebahan itu, remaja terbabit memiliki ketinggian 156 sentimeter dan berat 49 kilogram selain memiliki parut melecur di bahagian muka serta kedua-dua belah tangan.
"Jika mana-mana pihak mempunyai pengetahuan tentang keberadaan atau terkesan penama, minta kerjasama untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Kota Setar Sarjan Hajjar di talian 012-793 4731 atau Hotline IPD Kota Setar 04-774 7222 atau Hotline IPK Kedah di 04-774 1222," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Remaja perempuan
#orang hilang
#parut melecur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan