awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis minta henti spekulasi berhubung jenazah warga emas dipercayai mualaf

Bernama
Bernama
28/01/2025
04:40 MYT
Polis minta henti spekulasi berhubung jenazah warga emas dipercayai mualaf
Seorang warga emas berbangsa Cina disahkan tidak memeluk agama Islam selepas berlaku salah faham di antara seorang individu dan ahli keluarga lelaki terbabit.
KOTA BHARU: Polis menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak sahih berhubung jenazah seorang warga emas lelaki berbangsa Cina yang dipercayai telah memeluk agama Islam, selepas berlaku salah faham antara seorang individu dengan ahli keluarganya.
Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata hal ini berikutan kes itu telah dirujuk status pengislaman ke Pejabat Agama di Machang dan telah disahkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bahawa mendiang tiada dalam rekod status pengislaman.
"Pada Ahad lepas lebih kurang pukul 2.30 petang, pengadu (pemandu van jenazah) menerima mayat seorang lelaki Cina warga tempatan berusia 70 tahun yang dibawa menggunakan van jenazah dari Thailand oleh isterinya yang berasal dari negara itu.
"Isteri mangsa kemudian telah meminta pengadu untuk menghantar kepada keluarganya di Kampung Banggol Pak Awang, Joh, Machang untuk urusan pengebumian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pengadu berasa terkejut apabila adik mangsa memaklumkan kepadanya akan kebumikan jenazah terbabit dalam tempoh tiga hari sedangkan dia dimaklumkan bahawa mangsa seorang mualaf dan perlu dikebumikan segera.
"Pengadu kemudian membuat laporan polis semalam untuk merujuk kepada pihak berkuasa agama Islam di Kelantan mengenai status jenazah berkenaan.
"Hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Labok mengesahkan kematian mangsa disebabkan sakit jantung dan mempunyai rekod sejarah perubatan serta pernah menerima rawatan pesakit jantung di sebuah hospital swasta di Kota Bharu. Tiada unsur jenayah berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#Cina
#mualaf
#urusan pengebumian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan