JOHOR BAHRU: Ahli keluarga terutama kakak kepada Allahyarham Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella dinasihatkan supaya menghormati prosiding mahkamah dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dalam media sosial yang boleh mengganggu proses itu kerana kes sedang berjalan.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M Kumar berkata, tindakan tersebut adalah tidak wajar dan mendahului mahkamah malah suspek, Mohammad Haikal Mahfuz sudah dituduh pada 24 Januari lalu.
Beliau berkata, semua pihak seharusnya memberi ruang kepada perbicaraan yang akan berjalan di mahkamah sebelum kes diputuskan.
"Siasatan dijalankan dan suspek telah dituduh. Saya rasa selepas ini proses mahkamah (akan berjalan), mahkamah akan buat keputusan jadi kita jangan adili sesiapa.
"Sebagai orang awam, kita ada mahkamah yang mulia, perbicaraan akan berlangsung dan setiap yang terlibat akan diberi peluang untuk bela diri dia dan biarlah mahkamah buat keputusan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Misi Jelajah Ramadan MyFundAction di pekarangan Masjid Jamek Bandar Baru Uda di sini pada Jumaat.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Afandi Senin; Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh dan Pegawai Eksekutif MyFundAction, Dr Ghafur Rahim Mustakim.
Kumar berkata, pihaknya juga akan meneliti hantaran-hantaran dibuat ahli keluarga Allahyarham dalam media sosial sebelum memberi respon lanjut.
Beliau mengulas berkaitan tindakan kakak Bella, Norhisham, 36, yang bersuara lantang menerusi hantaran dalam media sosial seolah-olah tidak berpuas hati dengan siasatan dijalankan.
Mahkamah menetapkan 11 Mac ini sebagai sebutan semula kes berkenaan bagi serahan laporan forensik.
Pada 24 Januari lalu, bekas posmen berkenaan didakwa buat pertama kali atas tuduhan membunuh Bella di Jalan Kelapa Barli, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, di Kampung Parit Besar dan sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Tongkang Pechah, Batu Pahat antara 11 malam hingga 5 pagi, pada 14 hingga 15 Disember lalu.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 01 2024
M Kumar berkata tindakan tersebut adalah tidak wajar dan mendahului mahkamah malah suspek, Mohammad Haikal Mahfuz sudah dituduh pada 24 Januari lalu. - Gambar fail/Astro AWANI
Pendanaan awam politik kurangkan kes rasuah - IDEAS
Kebaikan pendanaan awam bagi parti politik dapat mengurangkan kebergantungan kepada dana pihak-pihak berkepentingan seperti syarikat-syarikat besar, individu-individu kaya dan sebagainya yang lazimnya mengharapkan imbuhan daripada derma diberi.
Sikon Remal: Angka korban meningkat kepada 32 orang
Angka kematian susulan Siklon Remal meningkat kepada 32 orang di Bengal Barat dan empat negeri di India.
'Layan' muzik Pop antara petua Nurul Izzah tenangkan diri
Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berkongsi petua mendengar muzik pop untuk menenangkan diri menjelang penampilan sulungnya pada pentas Olimpik.
Mata wang kripto patuh syariah jika lulus saringan SC - Pakar
Penyasarah Kanan SPE UPM, Dr Taha Mohd Omar, berkata selain pelaburan, mata wang kripto juga boleh digunakan untuk zakat sedekah jika lulus saringan syariah.
[TERKINI] Pengadu tarik balik laporan, anggap kes hanya salah faham
Pemandu kenderaan e-hailing yang mendakwa telah dipukul seorang pengawal keselamatan rombongan kenamaan di lobi sebuah hotel ibu negara pada Selasa, telah menarik balik laporannya pada hari yang sama.
[TERKINI] Sidang media mingguan Menteri Komunikasi
Ikuti langsung sidang media mingguan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di Putrajaya.
Pemain bola sepak, legenda dunia mula sertai kempen 'Eyes on Rafah'
BERIKUTAN tragedi yang sedang berlaku di Palestin, semua orang tidak kira di mana sedang bersatu menyatakan solidariti terhadap nasib yang menimpa rakyat di sana.
Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB ditolak
Permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan beliau menghadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB, ditolak.
Gigit lengan polis, penganggur didenda RM2,000
Seorang penganggur didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah menghalang tugas penjawat awam dengan menggigit lengan seorang anggota polis, Sabtu lalu.
Pesawah didakwa 10 tuduhan rogol, liwat anak jiran
Seorang pesawah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 10 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga anak jirannya, bulan ini.
Polis minta keluarga Bella hormati proses mahkamah
Ahli keluarga Allahyarham Bella dinasihatkan supaya menghormati prosiding mahkamah dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dalam media sosial.