awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis minta lelaki buat aksi berani panjat kren tampil

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2017
09:16 MYT
Polis minta lelaki buat aksi berani panjat kren tampil
Lelaki tersebut dipercayai bukan daripada kumpulan yang sama memanjat mercu tanda -IPOH- baru-baru ini. - Gambar fail
Polis hari ini meminta lelaki yang membuat aksi berani mati dengan memanjat kren lebih 10 meter di tapak pembinaan sebuah pusat konvensyen di Jalan Boungainvillea, di sini tampil bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ini kerana pegawai keselamatan di tapak pembangunan tersebut telah membuat laporan polis berkenaan pencerobohan yang dilakukan lelaki itu.
“Pengadu telah memberitahu mendapat mesej daripada seorang pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) iaitu seorang lelaki telah memanjat kren yang digunakan dalam projek berkenaan.
“Pengadu itu merupakan pegawai keselamatan yang bertanggungjawab terhadap tapak pembinaan yang dicerobohi oleh lelaki yang di dalam video sedang viral itu,” katanya dalam satu sidang media selepas majlis penyerahan tugas tiga ketua balai polis di IPD Ipoh hari ini.
BACA: Video viral pemuda panjat kren
BACA: Kegilaan remaja buat aksi ekstrem perlu dihentikan
BACA: MBI tidak pernah beri kebenaran memanjat papan tanda 'IPOH'
Katanya, polis masih sedang mengenal pasti identiti lelaki tersebut yang merakamkan aksinya memanjat kren itu dalam sebuah klip video berdurasi 1 minit 22 saat.
Jelas beliau, lelaki tersebut dipercayai bukan daripada kumpulan yang sama memanjat mercu tanda “IPOH” baru-baru ini.
“Kes sedang disiasat dibawah seksyen 336 Kanun keseksaan iaitu kesalahan bagi perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain dan seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
“Cuma saya nak pesan kalau rasa nak panjat itu tolong cari tempat yang sesuai dan bukan tempat larangan atau yang bertuan, itu dah dipanggil menceroboh dan melanggar undang-undang…” ujarnya.
Topic Berkaitan
#aksi lagak geri
#kren
#Majlis Bandaraya Ipoh
#panjat kren
#papan tanda Ipoh
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan