awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis minta lelaki panjat kren tampil bantu siasatan

Bernama
Bernama
17/01/2017
13:11 MYT
Polis minta lelaki panjat kren tampil bantu siasatan
Polis meminta lelaki yang memanjat kren di sebuah tapak pembinaan di Jalan Bougainvillea supaya tampil bagi membantu siasatan. - Gambar Youtube - Viral Malaysia
Polis meminta lelaki yang memanjat kren di sebuah tapak pembinaan di Jalan Bougainvillea di sini awal bulan ini supaya tampil bagi membantu siasatan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Abdul Rani Alias berkata pihaknya sedang berusaha mengesan lelaki terbabit termasuk menghantar permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Polis telah menghantar surat kepada SKMM untuk membantu pihak berkuasa mengesan identiti lelaki terbabit menerusi akaun Facebook miliknya, namun belum mendapat maklum balas," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ketua Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Pasir Putih di sini, hari ini.
BACA: Video viral pemuda panjat kren
BACA: Polis minta lelaki buat aksi berani panjat kren tampil
Katanya setakat ini, dua kertas siasatan dibuka terhadap kes itu melibatkan Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan yang boleh membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
Selain itu, Abdul Rani menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki terbabit agar tampil bagi membantu siasatan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya orang ramai tidak lagi terikut-ikut dengan tred seumpama itu sebelum berlaku sebarang tragedi.
"Masih banyak lagi aktiviti mencabar boleh dilakukan dengan cara yang 'halal' seperti mengikut kelab kembara atau sebagainya yang ada pengalaman untuk membimbing serta peralatan keselamatan yang lengkap," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Rani meminta orang ramai yang ingin meninggalkan rumah sempena cuti musim perayaan Tahun Baharu Cina agar memaklumkannya kepada pihak polis.
Beliau berkata, ia bukan sahaja dapat membantu polis membuat pemantauan malah ia dapat mencegah kejadian jenayah daripada berlaku.
Selain itu, beliau juga menasihatkan ibu bapa agar dapat mencegah anak-anak mereka daripada bermain mercum kerana bimbang ia akan mendatangkan bahaya kepada mereka atau orang lain. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#aksi lagak geri
#kren
#Majlis Bandaraya Ipoh
#panjat kren
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan