KUALA LUMPUR: Polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Cyber Security Malaysia (CSM) bagi menjejak sumber e-mel berhubung ancaman bom di Bank Negara Malaysia (BNM), semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata siasatan berhubung ancaman itu dibuat susulan satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti pelaku.
Beliau berkata buat masa ini, polis belum mengenal pasti individu yang menghantar e-mel berkenaan.
"Oleh itu, kami akan minta MCMC dan CSM untuk jejak sumber e-mel berkenaan," katanya pada sidang media Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur Fasa 2 di sini hari ini.
Semalam, kakitangan BNM menerima satu e-mel mengenai ancaman bom pada 3 petang, namun pemeriksaan hampir dua jam oleh Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan ancaman tersebut tidak benar dan pusat kewangan negara itu disahkan selamat.
Sementara itu, Allaudeen berkata setakat ini polis selesai merakam keterangan 27 individu bagi membantu siasatan berhubung penganjuran perhimpunan tanpa permit di ibu negara pada Sabtu lepas.
Beliau berkata buat masa ini berbaki dua lagi individu yang belum tampil daripada keseluruhan 29 yang telah dikenal pasti untuk dirakam percakapan walaupun tarikh akhir untuk berbuat demikian telah ditetapkan hingga semalam.
"Dua individu berkenaan diharap dapat tampil kalau tidak kita akan keluarkan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah hari ini juga. Itu jalan terakhir kita untuk selesaikan siasatan sebelum rujuk Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya.
Pada 16 Sept, seramai 850 peserta hadir di perhimpunan anjuran Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang telah disahkan polis sebagai tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal mengemukakan permohonan lengkap mengikut keperluan Jadual 4 dalam Seksyen 10 akta berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Semalam, kakitangan BNM menerima satu e-mel mengenai ancaman bom namun pemeriksaan hampir dua jam oleh Unit Pemusnah Bom PDRM mengesahkan ancaman tersebut tidak benar. - Gambar fail/Bernama
Keuntungan bersih PETRONAS pada suku ketiga tahun ini merosot
PETRONAS memaklumkan ketidaktentuan harga minyak dan gas dijangka meningkat berikutan ketidaktentuan ekonomi yang berterusan dan kebimbangan yang meningkat terhadap keselamatan tenaga global di tengah-tengah ketegangan geopolitik di Timur Tengah.
PEDi bantu tingkatkan taraf sosioekonomi komuniti
Peranan PEDi cukup besar kepada masyarakat luar bandar kerana ia turut menghubungkan usahawan-usahawan desa dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Sokongan antarabangsa untuk Palestin meningkat
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata dunia ketika ini menyaksikan peningkatan sokongan kepada negara dan rakyat Palestin yang terus dibantai oleh Israel. Jelasnya, gelombang sokongan tersebut semakin nyata kerana komuniti dunia menyaksikan tindakan-tindakan zionis yang zalim dan tidak bermaruah.
Risiko pembesaran prostat lebih tinggi bagi individu 50 tahun keatas - Pakar
Pakar Perunding Urologi, Endourologi & Pembedahan Robotik Pusat Perubatan Sunway Bandar Sunway, Dr. Christopher Lee Kheng Siang berkata individu berusia 50 tahun keatas berisiko lebih tinggi menghidapi penyakit pembesaran prostat berbanding golongan lebih muda. Jelasnya, gejala akan semakin ketara apabila individu terbabit menginjak ke usia 60-an dan 70-an.
Agong, Raja Permaisuri adakan lawatan khas ke UAE
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai hari ini hingga 4 Dis depan.
Kelulusan RUU kukuhkan fungsi statutori Suhakam
Pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 1999 (Akta 597) yang telah diluluskan di Parlimen pada Rabu dilihat memperkasakan lagi tugas suruhanjaya itu dalam menjalankan fungsi-fungsi dan tanggungjawab statutorinya.
Lelaki dijatuhi hukuman 14 tahun penjara,tikam isteri sehingga mati
Seorang lelaki yang tergamak menikam isterinya sehingga mati enam tahun dijatuhi hukuman penjara 14 tahun di Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu.
Hakim, Datuk Dr.Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu keatas tertuduh, Jakaria Abu Bakar, 56 kerana didapati bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat terhadap mangsa, Norminah Bollok, 45.
Hakim, Datuk Dr.Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu keatas tertuduh, Jakaria Abu Bakar, 56 kerana didapati bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat terhadap mangsa, Norminah Bollok, 45.
CIDB lakukan siasatan terperinci
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal dan terperinci berhubung kejadian projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas, yang runtuh malam semalam.

Lelaki warga Indonesia maut dipercayai dibaham harimau
Seorang pekerja ladang getah warga Indonesia ditemukan maut dipercayai dibaham harimau di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 November 2023.

Sekolah, ibu bapa jangan panik, lapor segera jika terima e-mel ancaman bom - Ahmad Dzaffir
Mereka perlu segera membuat laporan kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan lanjut dijalankan.

Tiga lagi sekolah antarabangsa terima ancaman bom
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiga lagi sekolah iaitu dua di Kajang, Selangor dan satu di Batu Feringghi, Pulau Pinang, menerima ancaman bom.

19 laporan ancaman bom palsu, dalang dipercayai kurang perhatian - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 19 laporan berhubung ancaman bom palsu di beberapa buah sekolah di seluruh negara.

Sekolah antarabangsa di Ipoh pula terima ancaman bom - Polis Perak
Polis Perak pula mengesahkan menerima laporan sebuah sekolah antarabangsa di sini menerima ancaman bom menerusi emel pagi tadi.

Dua sekolah antarabangsa di Pulau Pinang terima ancaman bom - Polis
Polis Pulau Pinang mengesahkan dua buah sekolah antarabangsa di negeri itu menerima ancaman bom hari ini.

Sembilan sekolah antarabangsa di Selangor, KL terima ancaman bom, polis sahkan ancaman palsu
Tujuh sekolah di Selangor itu melibatkan daerah Petaling Jaya, Kajang, Subang Jaya, Shah Alam dan Kuala Langat.

Sekolah antarabangsa di Selangor, KL terima ancaman bom
Beberapa sekolah antarabangsa di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dilaporkan menerima ancaman bom pada Selasa.

Beberapa lapangan terbang di Perancis dikosongkan selepas terima ancaman bom
Lapangan terbang Lille, Lyon dan Toulouse di Perancis dikosongkan selepas menerima ancaman bom pada Rabu.

Lapor segera jika terima ancaman keselamatan - Polis P. Pinang
Polis menggesa orang ramai supaya melaporkan segala maklumat mengenai sebarang bentuk ancaman keselamatan agar tindakan susulan dapat dilakukan segera.

Malaysia akan terus sokong Palestin
Malaysia akan terus kekal menyokong perjuangan rakyat Palestin biarpun menerima ancaman bom di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru semalam berikutan sokongan negara terhadap Palestin.