awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
Bas percuma ke Bukit Bendera tidak jejas operasi harian Rapid Penang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Miri tahan lelaki terlibat edar dadah

Lynch Cowan
Lynch Cowan
14/05/2020
07:32 MYT
Polis Miri tahan lelaki terlibat edar dadah
Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(A) akta sama.
Seorang lelaki ditahan pihak polis kerana disyaki terbabit kegiatan pengedaran dadah yang dianggarkan bernilai RM11,600.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah menyerbu sebuah rumah di Taman Jelita Jalan Persiaran di sini semalam dan menahan suspek yang berusia 26 tahun itu.
“Hasil pemeriksaan ke atas kotak yang dipegang suspek polis menemui satu bekas termos berwarna merah yang di dalamnya mengandungi dua paket plastik lutsinar masing-masing berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dengan berat 2,000 gram.
"Manakla dua plastik lutsinar mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis ketamin seberat 800 gram,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.
Tambah Meng Seah, pemeriksaan di bilik tidur suspek turut menemukan satu alat penumbang digital dan satu plastik warna kuning yang mengandungi pelbagai saiz paket lutsinar disyaki diguna untuk membungkus dadah.
Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ketamin manakala dia juga mempunyai empat kes lampau berkaitan dadah.
Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(A) akta sama.
Topic Berkaitan
#ACP Lim Meng Seah
#edar dadah
#Ketamin
#methamphetamine
#Polis Miri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan