KLUANG:Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Polis Diraja Malaysia sedang berusaha mendapatkan peruntukan bagi menggantikan baju kalis peluru milik jabatan itu yang kini sudah berusia lebih 10 tahun.
Pengarahnya Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar berkata ketika ini terdapat kira-kira 12,000 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) yang memerlukan kelengkapan berkenaan.
Beliau berkata kelengkapan itu diperlukan kerana mereka bukan sekadar terlibat dalam pelbagai operasi seperti Ops Benteng, tetapi turut mengawal sempadan negara yang lebih berisiko tinggi.
"Kita akan bincang dengan kerajaan untuk mendapatkan peruntukan, dijangka hujung bulan ini kita akan dapatkan harga untuk baju kalis peluru berkenaan, ia turut melibatkan kelengkapan lain seperti teropong penglihatan malam serta beberapa kenderaan untuk melancarkan operasi membanteras jenayah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Mes Pegawai Kanan Batalion 5 PGA di Simpang Renggam di sini, hari ini, dan turut hadir ialah Timbalan Pengarah JKDNKA (PGA), Datuk Kasuahdi Ali; Komander Briged Tengah PGA, SAC Muhammad Abdul Halim serta Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Supt Dimin Awang.
Sementara itu, Abd Rahim berkata dalam tempoh awal tahun hingga 3 Dis lepas, PGA Briged Tengah telah berjaya melakukan 157 serbuan, menahan 511 orang dan merampas pelbagai jenis barangan bernilai RM32.8 juta.
"Semua serbuan disiasat di bawah Akta Imigresen 1963, Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, Akta Pemulihan Hidupan Liar 2010, Akta Perhutanan 1984/89, Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan 1958 serta Akta Perikanan 1985 dan Akta SPRM.
"Kami juga berharap orang ramai dapat membantu polis dalam menghulurkan sebarang maklumat terutamanya berkaitan dengan pencerobohan bagi memastikan negara tidak dicerobohi mana-mana elemen melibatkan aktiviti penyeludupan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 07 2020

Kelengkapan itu diperlukan kerana mereka bukan sekadar terlibat dalam pelbagai operasi seperti Ops Benteng, tetapi turut mengawal sempadan negara yang lebih berisiko tinggi. -Gambar fail

AWANI Ringkas: Ringgit diramal terus kukuh | Permintaan kepada barisan hadapan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00AM).

AWANI Ringkas: PM setuju bentuk jawatankuasa penasihat Covid-19 | Niaga hadapan MSM dijangka merosot
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

PKP 2.0: Lelaki rempuh sekatan jalan raya COVID-19 ditahan
Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku cuai sewaktu memandu kerana menggunakan telefon bimbit.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927595441610929097903/1886027_27846248341610929256993_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Kawalan keselamatan diperhebat menjelang angkat sumpah Joe Biden Rabu ini
Di beberapa negeri, tunjuk perasaan dan demonstrasi meletus menjelang pelantikan Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46.

COVID-19: Brazil lulus penggunaan kecemasan dua vaksin
Brazil kini memiliki 6 juta dos vaksin Sinovac dan sedia diedarkan dalam masa beberapa hari.

Terbuka Australia | 72 pemain tenis jalani kuarantin
72 pemain yang akan menyertai Kejohanan Tenis Terbuka Australia diarahkan untuk jalani kuarantin. Ini selepas ada kes positif COVID-19 dikesan dalam pesawat sewa khas ketiga yang tiba di Melbourne.

Unjuran Pasaran | Bursa dijangka didagang berhati-hati
Dagangan di Bursa Malaysia dijangka berhati-hati menjelang pengumuman Bank Negara mengenai kadar dasar semalaman pada Rabu. Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata kemungkinan satu lagi pengurangan kadar oleh bank pusat tidak dapat dielakkan.

Unjuran Pasaran | Niaga hadapan MSM dijangka merosot
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivatives dijangka merosot minggu ini, didorong aktiviti pengambilan untung berikutan harga lebih tinggi. Interband Group of Companies berkata harga dijangka berada antara RM3,350 dan RM3,450 satu tan pada minggu ini.

Unjuran Pasaran | Ringgit dijangka uji paras psikologi 4.0
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar Amerika pada minggu ini. Ini di tengah-tengah jangkaan bahawa Bank Negara akan kekalkan kadar dasar semalaman pada 1.75 peratus minggu ini.

Polis mohon baju kalis peluru baharu untuk PGA, Marin - Bukit Aman
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Polis Diraja Malaysia sedang berusaha mendapatkan peruntukan bagi menggantikan baju kalis peluru milik jabatan itu.

Generasi muda diseru sertai Komando 69
Komando 69 perlu didedahkan supaya ramai mengetahui peranan sebenar pasukan elit itu yang dipertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan negara.