KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia enam tahun yang hilang sejak Selasa lalu (semalam).

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid, kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Zayn Rayyan Abdul Matiin yang kali terakhir dilihat di alamat Blok R, Flat Idaman Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya, pada 12 tengah hari.

"Polis menerima laporan kehilangannya pada 5 Disember lepas.

"Pakaian terakhir mangsa berbaju t-shirt putih berkolar dengan berlencana SK Damansara Damai 2 serta seluar sukan warna hitam dan kasut sekolah berwarna hitam.

"Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi terus ke bilik gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya.