awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mohon bantuan kesan Noor Amni Nazaranee

Bernama
Bernama
10/01/2025
15:15 MYT
Polis mohon bantuan kesan Noor Amni Nazaranee
Noor Amni Nazaranee dilapor keluar untuk ke rumah rakannya di Lavender Terrace Puchong Prima, Taman Puchong Prima pada 5 petang dengan menggunakan perkhidmatan e-panggilan. - Gambar Sinar Harian
SEPANG: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Bukit Puchong, Putra Perdana di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Shan Gopal Krishnan berkata Noor Amni Nazaranee dilapor keluar untuk ke rumah rakannya di Lavender Terrace Puchong Prima, Taman Puchong Prima pada 5 petang dengan menggunakan perkhidmatan e-panggilan.
"Hasil semakan mendapati Noor Amni telah keluar dengan rakan untuk pergi berjoging di Putrajaya.
"Kali terakhir, Noor Amni memaklumkan berada di Jalan Renang 13/26 di Shah Alam, Selangor pada 8.50 malam semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata satu laporan polis berkaitan kes kehilangan remaja perempuan itu telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada 1.40 pagi hari ini.
Noor Amni dilaporkan keluar dari rumah dengan memakai baju warna gelap dan memakai tudung warna coklat serta membawa telefon bimbit dan beliau tidak mempunyai apa-apa masalah dengan ahli keluarga.
"Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang (OH) dan usaha menjejaki OH sedang giat dijalankan," katanya.
Beliau meminta orang ramai untuk tampil jika mempunyai maklumat berkenaan OH dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Rasimah Ab Rasid di talian 012-3252521 atau menghubungi IPD Sepang di talian 03-87774222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#orang hilang
#ahli keluarga
#Telefon bimbit
#Remaja perempuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan