awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi berlaku pergaduhan kaum di Sungai Petani

Bernama
Bernama
07/08/2022
15:01 MYT
Polis nafi berlaku pergaduhan kaum di Sungai Petani
Tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan perkara itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat. - Gambar hiasan
SUNGAI PETANI: Polis menafikan dakwaan berlaku kejadian pergaduhan antara kaum di sini seperti yang tular menerusi Facebook baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan perkara itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan kejadian seperti yang tular berlaku di Sungai Petani. Orang ramai diminta menghentikan serta-merta penyebaran perkara yang tidak benar kerana ia boleh mengguris sentimen masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Pengawal keselamatan parah dilibas pedang meninggal dunia
Zaidy berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di talian 04-4299 222 sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pergaduhan kaum
#Tular
#Sungai Petani
#pengawal keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan