awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi insiden tetakan kaum di Pandan Jaya

Bernama
Bernama
28/01/2015
08:05 MYT
Polis nafi insiden tetakan kaum di Pandan Jaya
Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan maklumat yang tidak berasas.
Polis hari ini menafikan khabar angin kononnya berlaku insiden tetakan antara kaum di Pandan Jaya, di sini, seperti disebarkan melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad menegaskan tiada kejadian seumpama itu berlaku dan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.
"Keadaan di sekitar Pandan Jaya aman dan terkawal. Kehidupan masyarakat berjalan seperti biasa dan orang awam tidak perlu bimbang untuk keluar menjalankan aktiviti harian," katanya di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan maklumat yang tidak berasas.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berkongsi dan menyebar maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. Bagi sebarang maklumat, sila rujuk pihak berkuasa" katanya.
Topic Berkaitan
#kaum
#khabar angin
#nafi
#pandan jaya
#PDRM
#polis
#Tetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan