Polis nafi kejadian buli pelajar berlaku di Sarawak

Bernama
November 5, 2014 12:49 MYT
Polis Sarawak tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu yang videonya tersebar luas menerusi media sosial. - Gambar Fail
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dr Chai Khin Chung hari ini menafikan berlakunya kejadian buli membabitkan pelajar sekolah di negeri ini.
Katanyanya, polis negeri tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu yang videonya tersebar luas menerusi media sosial.
"Bagaimanapun, polis akan sentiasa memantau kejadian seumpama itu dan akan menyiasat jika ada menerima laporan daripada mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin dan berkata berita yang tidak benar boleh menjejaskan keharmonian negeri ini.
"Segala maklumat perlu dibuat pengesahan dengan pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum ia disiarkan," katanya.
#asrama #buli #Chai Khin Chung #PDRM #polis #Sarawak #singlet hitam