awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nekad noktahkan kegiatan lumba haram di Lebuhraya Pan Borneo

Bernama
Bernama
15/10/2025
20:15 MYT
Polis nekad noktahkan kegiatan lumba haram di Lebuhraya Pan Borneo
Pihak polis telah mengenal pasti jajaran KM12.8 Jalan KJD yang dijadikan sebagai litar lumba haram oleh golongan belia. - Gambar hiasan
SARIKEI: Kegiatan lumba haram pada malam hujung minggu yang sering mengganggu masa rehat dan tidur penduduk di jajaran Jalan KJD, Lebuhraya Pan Borneo dijangka dapat dinoktahkan apabila polis memulakan pemantauan di lokasi tersebut.
Ketua Polis Daerah Meradong DSP Tansli Mering berkata pihaknya telah mengenal pasti jajaran KM12.8 Jalan KJD yang dijadikan sebagai litar lumba haram oleh golongan belia di kawasan itu.
Beliau berkata pihaknya sentiasa melakukan pemantauan di lokasi berkenaan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat dalam kegiatan lumba haram.
"Pihak polis memandang serius kegiatan lumba haram yang berlaku di kawasan Meradong khususnya melibatkan golongan belia berusia antara 17 hingga 25 tahun," menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.
Tansli berkata sepanjang tahun ini, sebanyak 33 saman telah dikeluarkan manakala lapan motosikal disita atas pelbagai kesalahan termasuk pengubahsuaian ekzos, tiada lesen memandu atau lesen tamat tempoh, tiada cermin sisi serta nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.
Beliau berkata polis tidak akan berkompromi dengan kegiatan lumba haram di daerah itu dan akan terus mengadakan operasi bagi membanterasnya serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Selain penguatkuasaan, Tansli berkata pihaknya mengadakan ceramah pendidikan dan kesedaran bagi meningkatkan pemahaman orang ramai terhadap bahaya kegiatan lumba haram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#lumba haram
#lebuh raya
#Pan Borneo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan