Polis Pahang pada Rabu menahan dua wanita termasuk seorang yang disyaki perancang utama kes penipuan umrah di beberapa daerah negeri ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata suspek masing-masing berusia 33 dan 22 tahun ditahan pada 7.20 petang di hadapan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pusat membeli belah di Shah Alam, Selangor.
Katanya, suspek pertama yang mendakwa dirinya berstatus 'Datuk' merupakan perancang utama kes manakala suspek kedua merupakan pembantu peribadinya dan pemilik akaun bank yang digunakan dalam penipuan itu.
"Suspek dipercayai menawarkan pakej umrah bernilai RM2,200 seorang kerana mendakwa terdapat seorang penaja berpangkat 'datuk' akan menanggung bayaran selebihnya.
"Mereka juga dipercayai individu yang menipu 19 peserta dari Temerloh melibatkan kerugian berjumlah RM41,800 sekitar November tahun lalu," katanya dalam kenyataan media di sini, pada Rabu.
Mohd Wazir berkata sembilan mangsa dari Temerloh membuat laporan polis pada awal tahun lalu, kerana mendakwa suspek gagal memulangkan wang mereka selepas memaklumkan penerbangan terpaksa ditunda.
Selain Temerloh, suspek juga disyaki aktif mencari mangsa di Jerantut, Bentong dan Cameron Highlands.
Penahanan dua suspek itu adalah susulan daripada tangkapan ke atas dua wanita berusia 60 dan 50 tahun pada Sabtu lalu (6 Julai) yang dipercayai merupakan pemilik akaun yang digunakan untuk menerima deposit mangsa.
Mohd Wazir berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2019
Suspek pertama yang mendakwa dirinya berstatus 'datuk' merupakan perancang utama kes manakala suspek kedua merupakan pembantu peribadinya.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Polis Pahang tahan suspek utama kes penipuan umrah murah
Suspek pertama yang mendakwa dirinya berstatus 'datuk' merupakan perancang utama kes manakala suspek kedua merupakan pembantu peribadinya.
Juruteknik 'kempunan' percutian RM28,510 ke Rom
Hasrat seorang juruteknik untuk melancong ke Rom, Itali tidak kesampaian selepas dia dipercayai diperdayakan pemilik syarikat pelancongan yang dikenalinya sejak dua tahun lepas.
Guru tak puas hati, labur RM190,000 dapat pulangan hanya RM37,950
Seorang guru wanita di sini berputih mata kerugian RM152,050 selepas membuat pelaburan tunai dengan sebuah syarikat pengeluar kopi terkenal sejak 2015.