awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis panggil individu persenda Ketua Pengarah Kesihatan di media sosial

Bernama
Bernama
07/10/2020
20:48 MYT
Polis panggil individu persenda Ketua Pengarah Kesihatan di media sosial
Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan gambar Dr Noor Hisham mengadakan sidang media dari rumahnya disunting menjadi gambar mengaibkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR :Polis akan memanggil pemilik akaun Facebook MGAG yang didakwa mempersendakan gambar Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di laman media sosialnya pada Selasa.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan selepas satu laporan polis dibuat di Senawang, Seremban pada Selasa.
“Siasatan sedang dijalankan dan mereka yang terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,” katanya kepada Bernama.
Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan gambar Dr Noor Hisham yang sedang mengadakan sidang media dari rumahnya disunting menjadi gambar yang mengaibkan.
Bagaimanapun, pemilik akaun berkenaan telah memohon maaf dan mengeluarkan gambar tersebut daripada akaun, namun sempat ditangkap layar serta ditularkan oleh pengguna media sosial lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MGAG
#persenda
#Gambar
#kain pelikat
#media sosial
#kertas siasatan
#Facebook
#laporan polis
#Sidang media
#rumah
#beri keterangan
#polis
#mengaibkan
#sunting gambar
#Senawang
#Seremban
#mohon maaf
#Tular
#JSJ Bukit Aman
#Mior Faridalathrash Wahid
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan