awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tempoh perkhidmatan Mufti Perak berakhir semalam
Program Memfail Borang Nyata 2026 kini boleh diakses - LHDN
Dapur Siswa, MADANI ResQ Pek bantu pelajar UUM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis panggil tiga rakan Sophia Albarakbah bantu siasatan

Sinar Harian
Sinar Harian
17/08/2025
02:05 MYT
Polis panggil tiga rakan Sophia Albarakbah bantu siasatan
Menurut peguamnya, Sophia Albarakbah terkesan dengan tekanan emosi susulan kejadian buli siber dan gangguan seksual yang dialaminya sejak hampir seminggu lalu. Gambar kecil: Ku Mashariman.
KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil tiga rakan kepada pelakon sensasi, Sophia Albarakbah untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes artis terbabit yang mendakwa menjadi mangsa buli siber dan gangguan seksual.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, siasatan sedang dijalankan pihaknya.
"Setakat ini tiada tangkapan dan keterangan pelakon terbabit telah direkodkan.
"Tiga saksi yang juga rakan Sophia akan dipanggil dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Sophia membuat laporan di Balai Polis Travers berkenaan kes terbabit pada 8 Ogos lalu.
Ia berhubung kes buli siber dan gangguan seksual yang diterimanya selepas memenangi kategori Selebriti Feminin Terhangat pada satu majlis anugerah.
Menurut peguamnya, Aizat Izuan Shakeel, anak guamnya itu terkesan dengan tekanan emosi susulan kejadian tersebut sejak hampir seminggu lalu.
Aizat Izuan menjelaskan, akibat peristiwa itu, Sophia mengalami tekanan emosi yang serius dan bimbang ia boleh menjejaskan kesihatan mentalnya.
Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sophia Albarakbah
#buli siber
#gangguan seksual
#Ku Mashariman Ku Mahmood
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan