awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Perak pantau kediaman yang ditinggalkan mangsa banjir

Bernama
Bernama
30/10/2023
13:00 MYT
Polis Perak pantau kediaman yang ditinggalkan mangsa banjir
Mohd Yusri berkata selain pemantauan berkaitan keselamatan, pihak polis turut membantu agensi terlibat memindahkan mangsa-mangsa yang terjejas ke PPS berdekatan. - Gambar fail/APM Perak
IPOH: Polis akan sentiasa memantau kawasan perumahan mangsa banjir di negeri ini bagi memastikan keselamatan harta benda kediaman kosong yang ditinggalkan sepanjang bencana itu berlaku.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pemantauan dan rondaan secara berkala dilakukan anggota polis termasuk melalui tinjauan kaedah udara terhadap rumah-rumah penduduk yang berpindah sementara ke pusat pemindahan sementara (PPS).
"Saya rasa mangsa banjir tidak perlu bimbang tentang keselamatan (harta benda) kerana kita beri jaminan pemantauan akan dilakukan setiap masa.
"Kita juga minta supaya setiap mangsa banjir maklumkan kepada pihak polis berkaitan lokasi kediaman serta maklumat yang dirasakan perlu bagi memudahkan kerja-kerja pemantauan dilakukan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Pencegahan Jenayah dan Meniti Kerjaya Dalam PDRM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pari di sini, hari ini.
Melalui laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak hari ini, jumlah mangsa banjir yang terjejas di Perak meningkat kepada 156 mangsa daripada 45 keluarga berbanding 92 mangsa daripada 23 keluarga, malam tadi.
Kesemua mangsa yang terjejas ditempatkan di tiga PPS di daerah Hilir Perak, Kerian dan Selama.
Mohd Yusri berkata selain pemantauan berkaitan keselamatan, pihak polis turut membantu agensi terlibat memindahkan mangsa-mangsa yang terjejas ke PPS berdekatan.
"Kita telah gerakkan aset-aset tertentu untuk membantu dan melancarkan pemindahan mangsa banjir khususnya di beberapa daerah yang terjejas dengan bencana itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#kawasan perumahan
#jaminan pemantauan
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan