awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis perketat kawalan jualan peluru di Sabah, Sarawak - KPN

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
29/12/2020
10:28 MYT
Polis perketat kawalan jualan peluru di Sabah, Sarawak - KPN
Abdul Hamid berkata langkah itu bagi memastikan kegiatan penjualan peluru kepada pemilik senjata api haram yang didakwa berlaku secara berleluasa dapat dibanteras.
LANGKAWI:Polis akan memperketatkan kawalan terhadap aktiviti penjualan peluru senjata api terutama melibatkan premis-premis berlesen di Sabah dan Sarawak.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata langkah itu bagi memastikan kegiatan penjualan peluru kepada pemilik senjata api haram yang didakwa berlaku secara berleluasa dapat dibanteras.
"Kita ketatkan kawalan ke atas penjualan peluru di Sabah dan di Sarawak di mana saya difahamkan bahawa banyak senjata buatan sendiri.. senjata jenis haram yang diseludup masuk ke Sabah dan Sawarak.
"Pelurunya menggunakan peluru yang dijual di premis berlesen... saya akan ketatkan kawalan penjualan peluru ini supaya mereka tidak diberikan ruang dan peluang untuk guna senjata api haram," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media berkaitan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Padang Matsirat, Langkawi pada Selasa.
Sementara itu, katanya mesyuarat berkaitan OBK berkenaan, bersetuju untuk meningkatkan jalinan kerjasama antara PDRM yang diwakili Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Cawangan Khas bersama agensi-agensi lain yang terlibat termasuk Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak.
Katanya, tindakan lebih tegas turut akan diambil terhadap pesalah pemburuan hidupan liar dan mencuri khazanah negara.
"Kita amat serius dalam hal ini kerana ada dakwaan yang mengatakan tindakan kita ini tak sampai ke penghujungnya... sindiket ini boleh lepas... yang kita tangkap ini hanya yang di bawah...
"Selepas ini, satu tindakan susulan bersepadu di mana tindakan bukan hanya untuk memenjara sahaja mereka, tetapi untuk membangkrapkan mereka yang hidup dengan hasil haram ini. Kita akan akan ambil tindakan kerana kesalahan pengubahan wang haram... kita akan rujuk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)," katanya.
OBK yang dijalankan secara beberapa fasa telah dilaksanakan bermula September 2019 bagi membanteras isu-isu pencerobohan, pembalakan haram, mencuri hasil hutan negara, pemburuan hidupan liar serta lain-lain kesalahan jenayah di bawah Akta Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Kesemua gerak kerja melalui operasi berkenaan melibatkan kerjasama Perhilitan, PDRM, JKDM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), dan beberapa agensi serta NGO lain.
Topic Berkaitan
#peluru
#penjualan
#senjata api
#banteras
#senjata haram
#buatan sendiri
#Sabah
#Sarawak
#Ketua Polis Negara
#Abdul Hamid Bador
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan