awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Perlis pantau penjualan mercun dan periksa stor penyimpanan

Bernama
Bernama
20/03/2024
01:50 MYT
Polis Perlis pantau penjualan mercun dan periksa stor penyimpanan
Pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dirampas oleh Polis Daerah Kuala Terengganu menerusi operasi di bazar ramadan. - Gambar hiasan/BERNAMA
PADANG BESAR: Polis Perlis akan membuat pemantauan terhadap penjualan mercun pada Ramadan ini, termasuk pemeriksaan di stor penyimpanan mercun yang memiliki permit, dalam usaha memastikan ia tidak memudaratkan keselamatan orang ramai.
Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata pemantauan dan semakan itu bagi memastikan kaedah penyimpanan mercun tersebut mematuhi peraturan ditetapkan, iaitu antaranya disimpan di kawasan selamat.
"(Kalau didapati mercun itu disimpan di kawasan tidak selamat) yang itu kita kena bergantung tengok, mungkin kita akan batalkan permit, dan kita mahu pastikan mereka (penjual mercun) mematuhi peraturan.
"Kaedah penyimpanan (mercun) ada syarat-syaratnya, ada borang khas, antaranya (disimpan) di kawasan selamat, jauh tidak melibatkan masyarakat setempat," katanya selepas Program MADANI Ihya Ramadan Bilateral Malaysia-Thailand Peringkat Negeri Perlis 2024, di Masjid Ahmad di sini malam tadi.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis Izizam Ibrahim, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis Arif Helmi Junid dan Ketua Penolong Pengarah (Keselamatan) Seksyen Keselamatan Pembangunan Sempadan Malaysia-Thailand Lt Kolonel Mohamad Noh Abdul Kader.
Muhammad berkata bagaimanapun setakat ini belum ada tangkapan berkaitan kes mercun pada minggu pertama Ramadan ini dan pihaknya masih menerima permohonan permit untuk penjualan mercun itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mercun
#Perlis
#polis
#Muhammad Abdul Halim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan