BALIK PULAU: Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki dan seorang wanita yang dipercayai menjadi 'keldai akaun' oleh sindiket penipuan tawaran kerja sambilan serta pinjaman wang tidak wujud dalam talian, dalam siri serbuan di beberapa negeri dua hari lepas.
Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan hari ini berkata semua mereka berusia 29 hingga 42 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
"Berdasarkan siasatan, jumlah kerugian yang dialami mangsa sindiket itu ialah RM1,330 hingga RM10,568 dan mereka yang ditahan dipercayai memberikan akaun bank untuk digunakan sindiket berkenaan bagi menipu mangsa.
"Suspek yang ditahan itu dipercayai terlibat dalam kes-kes yang dilaporkan pada tahun 2019, 2021 dan 2022. Semua mereka direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," menurut kenyataan itu.
Pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan antaranya jual beli di laman sosial, pinjaman tidak wujud, pelaburan tidak wujud, tawaran pekerjaan luar negara dan macau scam.
Sementara itu dalam kes berasingan kenyataan itu turut memaklumkan polis berjaya menumpaskan sindiket memproses dan menjual air ketum selepas menahan 11 lelaki berusia 22 hingga 40 tahun dalam serbuan di sekitar Batu Maung semalam.
Sindiket itu dipercayai memproses air ketum di sebuah rumah sebelum mereka menjualnya kepada pembeli terutama pelanggan tetap dengan harga RM5 setiap bungkus.
"Dalam serbuan itu, polis merampas 70 bungkus plastik lutsinar berisi air ketum dan pelbagai peralatan untuk memproses air ketum. Sindiket itu dipercayai mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit setiap bulan," menurut kenyataan itu.
Semua suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022
Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan hari ini berkata semua mereka berusia 29 hingga 42 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.- FB Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Dua beradik warga asing dalang sindiket kutip derma diberkas di Ulu Tiram
Dua beradik yang berperanan sebagai pemandu dan perancang kegiatan itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota JSJ IPD Seri Alam.
Kecekapan SPRM bawa kejayaan kepada tangkapan taikun Singapura - Azam Baki
Setelah hampir dua dekad melarikan diri, seorang taikun warga Singapura yang terlibat dalam kes penyelewengan AS$51 juta (RM227 juta) akhirnya berjaya ditangkap bersama isterinya di Johor, semalam.
Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351
Seorang lelaki warga tempatan berusia 30an mengalami kerugian RM43,351 selepas menjadi mangsa terbaharu jebakan penipu yang menawarkan kerja sambilan secara atas talian.
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.
Sindiket pengedaran, penjualan kad pemastautin tetap palsu tumpas, 13 individu ditahan
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penjualan kad pemastautin tetap palsu kepada warga asing dengan penahanan 13 individu.
Sindiket tawar kad pemastautin tetap palsu tumpas
Seramai 13 individu ditahan terdiri daripada enam warga tempatan dan tujuh warga asing berusia antara 27 hingga 44 tahun.
Pengurus syarikat rugi lebih RM500,000 terperdaya sindiket pelaburan saham
Seorang pengurus syarikat kerugian lebih RM500,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan saham tidak wujud.
Polis tumpaskan sindiket edar ganja, tahan tiga termasuk seorang wanita
Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran ganja selepas menahan tiga individu termasuk seorang wanita serta merampas hampir 26 kilogram (kg) dadah bernilai RM79,680.
Sindiket jual sijil cuti sakit palsu tumpas, enam individu ditahan
Polis tumpas sindiket yang dipercayai menjual sijil cuti sakit palsu susulan penahanan enam individu dalam tangkapan berasingan.