awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Pulau Pinang teliti penubuhan BPS

Bernama
Bernama
23/11/2016
02:45 MYT
Polis Pulau Pinang teliti penubuhan BPS
Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata polis akan menjalankan siasatan untuk menentukan sama ada badan peronda yang baru ditubuhkan itu melanggar mana-mana undang-undang. - Gambar fail
Polis Pulau Pinang akan meneliti kewajaran penubuhan Badan Peronda Sukarela (BPS) yang bakal menggantikan Unit Peronda Sukarela (PPS) yang telah diharamkan.
Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata polis akan menjalankan siasatan untuk menentukan sama ada badan peronda yang baru ditubuhkan itu melanggar mana-mana undang-undang.
"Kita akan menentukan sama ada prosedur operasi standard yang ditubuhkan oleh BPS adalah mengikut undang-undang," katanya selepas perbincangan antara pihak polis dan pengusaha hotel mengenai cara untuk memerangi jenayah di St Giles Wembley Hotel pada Selasa.
Pada 2014, PPS, sebuah badan sukarela yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri untuk membantu menjaga keselamatan rakyat diisytiharkan sebagai haram oleh Kementerian Dalam Negeri.
PPS telah dilancarkan semula pada 12 Nov dan Khamis lalu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau akan mengatur pertemuan dengan Kementerian Dalam Negeri untuk membincangkan mengenai badan peronda yang baru ditubuhkan itu.
BPS ditubuhkan di bawah jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung negeri untuk menjaga keselamatan. Pada masa ini, ia ditubuhkan di 40 kawasan di Pulau Pinang dengan lebih 607 anggota berdaftar. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Abdul Ghafar Rajab
#Badan Peronda Sukarela
#BPS
#Ketua Polis Negeri
#PPS
#Unit Peronda Sukarela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan