Skip to main content

Malaysia

Polis rakam keterangan 14 individu lagi berhubung dakwaan komplot jatuhkan kerajaan

KUALA LUMPUR, 4 Julai -- Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bercakap ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini._BERNAMA
Menurut Mohd Khalid (foto), pihaknya masih mengkaji dan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan sebelum melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Polis akan merakam keterangan 14 individu lagi untuk dirakam keterangan berhubung siasatan dakwaan kewujudan komplot untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, sebelum ini pihaknya sudah merakam keterangan 14 individu.

Advertisement

"Lebih kurang 14 orang lagi yang akan diambil keterangan mereka dan sekiranya semua sudah selesai kita akan melengkapkan siasatan dan merujuknya kepada AGC," katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Menurutnya, pihaknya masih mengkaji dan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan sebelum melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid akan dipanggil untuk memberi keterangan, Mohd Khalid berkata, beliau tidak mahu menyentuh mana-mana individu.

"Saya tidak mahu menyentuh tentang mana-mana individu. Siasatan masih lagi berjalan. Biar kita jalankan siasatan dan apabila selesai kita akan panggil untuk sidang akhbar berikutnya," katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merakam 14 saksi termasuk usaha mengesan saksi-saksi penting yang dipercayai telah keluar dari Malaysia berhubung siasatan dakwaan kewujudan komplot untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar dipetik berkata, siasatan kes itu dilaksanakan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan yang merujuk kepada aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Terdahulu media melaporkan, PDRM mengesahkan siasatan berhubung dakwaan wujudnya cubaan untuk menjatuhkan Kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Must Watch Video