awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rakam keterangan Lim Kit Siang Rabu ini

Bernama
Bernama
11/12/2023
14:36 MYT
Polis rakam keterangan Lim Kit Siang Rabu ini
PDRM akan mengambil keterangan daripada ahli politik veteran Tan Sri Lim Kit Siang Rabu ini susulan penulisan di laman blog beliau yang menyentuh isu Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia akan mengambil keterangan daripada ahli politik veteran Tan Sri Lim Kit Siang Rabu ini susulan penulisan di laman blog beliau yang menyentuh isu Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung kandungan penulisan veteran politik itu yang dimuat naik di blog limkitsiang.com pada 30 Nov lepas bertajuk Perlembagaan Malaysia menjanjikan Impian Malaysia dan bukannya impian etnik tunggal memandangkan Perlembagaan ini tidak menghalang seorang bukan Melayu daripada menjadi seorang Perdana Menteri.
"Rakaman percakapan itu akan diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/ Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.
"Kes masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihat agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa prihatin terhadap isu sensitif dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keharmonian negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#Rakam keterangan
#Lim Kit Siang
#isu Perlembagaan
#pelantikan perdana menteri Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan