awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rakam percakapan Selva Kumar sejurus tiba di KLIA - Khalid

Bernama
Bernama
07/02/2017
09:15 MYT
Polis rakam percakapan Selva Kumar sejurus tiba di KLIA - Khalid
Polis telah merakam percakapan bekas perogol bersiri warganegara Malaysia, S. Selva Kumar sejurus dia tiba di KLIA di Sepang, hari ini. - Gambar fail
Polis telah merakam percakapan bekas perogol bersiri warganegara Malaysia, S. Selva Kumar sejurus dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia 56 tahun itu telahpun memberi keterangan kepada pegawai polis di Balai Polis KLIA dan pihaknya akan memantau pergerakannya semasa berada di negara ini.
Selva Kumar, yang selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, Kanada, tiba di KLIA pada pukul 7.30 pagi dengan menaiki pesawat Qatar Airways dari Doha.
BACA: Polis akan pantau aktiviti Selva Kumar
BACA: Polis akan pantau pesalah seksual, Selva Kumar Subbiah, sebaik tiba di tanah air
Ditanya adakah Selva Kumar bebas untuk menetap di mana-mana tempat di Malaysia kecuali di Sabah, Khalid berkata 'ya' semasa menjawab pertanyaan Bernama melalui aplikasi WhatsApp.
Kerajaan Sabah hari ini mengharamkan Selva Kumar daripada memasuki negeri berkenaan kerana dikhuatiri boleh mendatangkan ancaman kepada orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak.
Menurut Khalid, sebagai bekas banduan yang telah bebas, Selva Kumar, yang berasal dari Pulau Pinang, tidak perlu melapor diri di mana-mana balai polis dan dia bebas untuk bergerak seperti rakyat Malaysia yang lain.
Katanya, pihaknya telah memaklumkan kepulangan Selva Kumar kepada pihak berkuasa Kanada.
Selva Kumar dihukum penjara selama 24 tahun pada 1992 setelah didapati bersalah termasuk bagi 19 tuduhan serangan seksual.
Tempoh tahanan penjaranya tamat pada hujung bulan lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hukuman penjara
#Kanada
#PDRM
#pesalah seksual
#polis
#selva kuma subbiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan