MANILA: Sekurang-kurangnya tujuh orang cedera apabila panel siling di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di sini runtuh, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Dalam satu kenyataan, pengendali New NAIA Infra Corp. (NNIC) memaklumkan kesemua mangsa berada dalam keadaan stabil dan telah menerima rawatan segera.
Advertisement
Pasukan perubatan, anggota keselamatan lapangan terbang serta Kumpulan Keselamatan Penerbangan Polis Kebangsaan Filipina (PNP) bertindak balas terhadap kejadian itu yang berlaku kira-kira 10.43 pagi di bahagian sambungan kawasan ketibaan terminal.
NNIC memaklumkan kawasan itu telah ditutup serta-merta, dan pasukan kejuruteraan syarikat itu telah memeriksa bahagian sekitarnya serta βmengesahkan bahawa ia selamat untuk operasi seperti biasa.β
Sementara itu, NNIC memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca kejadian.
Setiausaha Pengangkutan Banoy Lopez segera mengarahkan NNIC dan Lapangan Terbang Antarabangsa Manila supaya memastikan keselamatan semua penumpang dan kakitangan lapangan terbang, serta mengemukakan laporan terperinci mengenai punca kejadian.
-- BERNAMA-PNA